Apa Hak DAP Pertikaikan Pelaburan Tabung Haji Untuk Umat Islam?

Sudah amat terdesak , itu la yang dilihat pada pembangkang yang diketuai oleh DAP, keadaan ini dapat dilihat bagaimana  isu-isu “recycle” yang dimainkan semula untuk mengelirukan rakyat. Penyokong  mereka pula sudah tidak ada hujah untuk menghalang setiap kebenaran yang disampaikan.

Semakin dekat dengan pilihanraya, namun tiada apa yang mampu diolah lagi oleh pembangkang, peluang yang diberikan selama dua penggal telah pun disia-siakan untuk berkhidmat untuk rakyat. Khidmat yang diberikan hanya untuk anak beranak dan kroni sahaja.

Isu lama diangkut , disebarkan merata media sosial untuk menarik sokongan, hanya yang bodoh sahaja yang mampu menerima dan tanpa membuat perbandingan yang sebenarnya melaui kejadian yang berlaku.

Kita masih ingat lagi bagaimana Rafizi telah melakukan fitnah terhadap Tabung Haji dalam urusan pembelian tanah di TRX dimana dengan mengatakan bahawa wang pendeposit telah digunakan oleh Tabung Haji.

Kesan daripada itu pendeposit telah mengeluarkan semua simpanan mereka sekali gus telah mengagalkan mereka termasuk dalam senarai nama  menunggu untuk menunaikan haji. Bukan kah tindakan Rafizi ini satu kecelakaan bagi umat Islam.

Hari ni kita dengar semula soal Tabung Haji dimana DAP sebuah parti kafir yang mahu mempertikaikan soal perlaburan yang dilakukan oleh Tabung Haji untuk umat Islam. Siapa yang memberikan hak kepada DAP untuk masuk campur dalam urusan kebajikan umat Islam.

Pembelian tanah TRX adalah transaksi komersial hartanah yang biasa dilakukan oleh pelbagai syarikat. Sama juga dengan pembelian tanah di TRX oleh TH, ia berdasarkan penilaian jangka panjang.

Pembangunan di TRX akan menjadi sebuah Hab Kewangan Antarabangsa dan melibatkan pembangunan kemudahan infrastruktur bertaraf dunia yang mana difahamkan bahawa TRX adalah  satu kawasan yang dikuasai oleh bumiputra Malaysia haknya.

Sebenarnya DAP akan gagalkan apa sahaja yang berkaitan dengan pembangunan ekonomi yang diterajui oleh umat Islam dan yang memberikan kepentingan kepada bangsa Melayu Islam. Ini merupakan satu cabaran yang bakal mengancam kedudukan  mereka dan menguasai ekonomi.

Cukup lah NFC yang difitnah oleh Rafizi sehingga tertutupnya industri ruminant yang dikatakan bakal menguasai pengeluaran daging halal untuk rakyat dalam Negara ini. Kegagalan NFC hasil fitnah pembangkang telah mengembirakan hati pembangkang.

Untuk pengetahuan DAP, hasil  keuntungan daripada pembangunan yang dilaksanakan akan memberi manfaat kepada lebih 9 juta pendeposit TH melalui  penyediaan perkhidmatan-perkhidmatan haji di Tanah Suci secara percuma, subsidi haji, pengagihan hibah tahunan dan hibah haji.

Tindakan DAP ini adalah untuk memberikan impak kepada pendeposit yang taksub kepada pembangkang  dan mengambil tindakan menutp akaun dalam Tabung Haji dan terus  mengagalkan mereka  untuk beribadah dengan perkhidmatan Tabung Haji ke tanah suci Mekah.

Terbaru, Isu GST pula, Mungkin Mahathir juga sudah bodoh seperti pembangkang sejak  bersama kumpualn  itu,  Bukankah dizaman Mahthir juga pelepasan cukai bagi projek kerajaan dilakukan. Pelepasan cukai SST terhadap projek yang berkaitan dengan kroninya.

Mungkin faktor umur Mahathir juga menyebabkan dia lupa segalanya. Terbaharu mereka mempersoalkan kenapa syarikat yang jalankan projek ECRL tidak dikenakan GST. Projek mega ini  usaha sama kerajaan China dan Malaysia.

Malah, kerajaan China juga yang tawar kemudahan pinjaman dengan kadar faedah rendah sebagai timbal balas. Jadi, kenapa nak dikenakan GST pula?

Kastam sendiri pun dah beri pelepasan kepada syarikat terlibat kerana ECRL adalah projek prasarana melibatkan dua buah kerajaan, membabitkan kepentingan awam dan pulangan kepada negara.

Tapi puak pembangkang bukannya boleh terima semua kenyataan ini, seboleh-bolehnya  mereka memang dengki dan mahu projek ECRL ini langsung gagal perlaksanaannya. Semua yang dilakukan untuk kebajikan rakyat akan ditentang hebat oleh pembangkang.

Harus diingatkan kepada pengundi,pihak pembangkang bertanding dalam pilihanraya bukan untuk berkhidmat untuk rrakyat  akan tetapi mereka bertanding adalah untuk memastikan mempunyai kuasa dan jawatan sebagai lesen untuk merompak.

Kebajikan rakyat sudah pastinya berada ditangga ke 10  dan bagi pembangkang hak-hak dan peluang dihadapan mata mereka mesti diagihkan sesama mereka dengan mengaut sebanyak mana sekali pun. Hal ini rakyat dapat melihatnya di  Pulau Pinang Dan Selangor.

Kita lihat sahaja Wan Azizah, Nurul Izzah apa kah yang mampu mereka lakukan untuk  rakyat dikawasan mereka, hanya berpolitik 24 jam dan mencari nama atas isu yang dibangkitkan. Itukah motif sebenar pilihan raya diadakan? Rakyat nak pilih calon popular atau calon yang boleh berkhidmat?

Pakatan dah jelas tersasar dan terdesak. Jika Pakatan meletakkan calon untuk menang di sesuatu kawasan atau mahu mengalahkan calon tertentu. Sudah pastnya ada perancangan pembangunan dijanjikan kepada  rakyat dikawasan tersebut. Tetapi perkara ini tidak pernah berlaku  dalam pembangkang.

Mereka hanya  membentangkan manifesto  pusat sahaja dan tiada  langsung kita dengar pembangunan untuk kawasan setempat  atau kawasan yang mereka pertandingkan. Ini adalah disebabkan 5 tahun sebelum ini  mereka tidak melakukan apa juga terhadap rakyat.

Sebab itu lah ada berita Ahli Parlimen tak pernah pun minta permohonan untuk pembangunan di kawasan diwakilinya. Hanya mahu bertanding bila menang tinggalkan dan  cari tempat lain untuk bertanding semula.

Jadi kalau begitu, jadi wakil rakyat untuk apa? Tujuan pilihan raya diadakan untuk memilih wakil rakyat dan kerajaan yang lebih untuk negara ini. Bukannya memilih siapa lagi popular!

Oleh itu, untuk kestabilan Negara rakyat harus melihat kepada calon-calon yang berpotensi berkhidmat untuk mereka dan bukan calun yang hanya mempamerkan isu politik sepanjang masa dan calun yang mempunayi perancangan jangka panjang untuk rakyat.

Begitu juga janji Barisan Nasional  kepada rakyat Kelantan  jika Barisan Nasional dapat menguasi  negeri tersebut. Segala  yang telah di anaktirikan oleh Mahthir selama ini akan dibangunkan bersama kerajaan yang memerintah.

Inklusif dan adil. Itu pendekatan yang akan dibawa oleh Barisan Nasional untuk rakyat di Kelantan menerusi Manifesto BN Kelantan bagi PRU-14. Manifesto menggariskan tujuh teras utama dengan 60 tawaran yang memberi penekanan kepada semua golongan.

Jaminan BN bagi rakyat Kelantan itu ialah memartabatkan syariat dan syiar Islam, membangunkan ekonomi mapan, mengutamakan kebajikan rakyat dan memperkasa belia. Selain itu, BN juga memberi jaminan akan menambahbaik infrastruktur, melestarikan alam sekitar dan membela kaum minoriti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana