Wan Azizah ‘mati langkah’ dengan jawapan Reezal isu diplomat Israel di WUF9

Datuk Seri Wan Azizah Ismail silap langkah bila cuba tunjuk hero dalam sidang Dewan Rakyat Selasa mempersoalkan isu kehadiran diplomat Israel pada forum Bandar Sedunia ke-9 (WUF9) di Kuala Lumpur pada 7 hingga 13 Februari lalu.

Ini bila Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican yang jawab soalan itu telah memberi penjelasan yang cantik dan terperinci hingga Ahli Parlimen PKR Permatang Pauh itu ‘mati langkah’.

Isu ini nampaknya masih hangat sekalipun forum sudah berlalu lebih sebulan.Selain Wan Azizah soalan asal mengenainya turut ditanya oleh sebilangan Ahli Parlimen lain dari pembangkang dan BN.

Wan Azizah seolah hendak mengambarkan Malaysia ada langkah senyap-senyap main belakang dengan Israel.

Reezal dalam jawapannya antara lain telah menjelaskan kedatangan diplomat itu adalah atas undangan penganjur Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau UN-Habitat.

Dalam perjanjian penganjuran forum itu termaktub tiada sekatan keatas pihak yang diundang oleh penganjur.

Sekalipun syarat itu Wan Azizah bertegas ingin tahu apakah Malaysia awal-awal ada suarakan bantahan kepada penyertaan diplomat Israel itu.

Reezal jelaskan bantahan ada dibuat.

Beliau juga memberitahu pegawai Malaysia langsung tidak tunggu untuk sambut kedatangan diplomat Israel itu di lapangan terbang.

Semua urusan dikendali oleh pihak penganjur.

Reezal menafikan Malaysia ada buat hubungan senyap-senyap dengan Israel.

Katanya kedatangan diplomat itu ke WUF 9 tidak langsung beri kesan kepada pendirian Malaysia dalam isu Palestin.

Malaysia terus kekal sebagai pejuang isu Palestin dan tidka pernah berubah.

Malah katanya tidak langsung kedengaran kalangan pimpinan Palestin yang protes mengenai isu kedatangan diplomat Israel itu.

Reezal tidak nampak perlunya kedatangan diplomat yang bukan atas jemputan rasmi kerajaan itu perlu jadi isu.

Sebagai perbandingan…beliau memberitahu kerajaan Indonesia – yang juga penyokong Palestin – pernah mengundang seorang menteri Israel hadir pada sidang WTO di Bali tidak lama dulu.

Katanya undangan rasmi itu tidak jadi isu.

Beliau juga memberi contoh mengenai Turki yang juga penyokong Palestin ada kedutaan di Israel dan sebaliknya.

Reezal bertanya apakah kerana itu nak dakwa pemimpin Turki,Recep Tayyip Erdogan tidak dokong Palestin.

Menurutnya begitu juga halnya dengan Mesir.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana