Tuduhan Dr Mahathir Jahat Dan Terdesak

AZIZ KAPRAWI
MT UMNO
KETUA UMNO BAHAGIAN SRI GADING

TUDUHAN DR. MAHATHIR JAHAT DAN TERDESAK

1. Kenyataan Dr. Mahathir yang disiarkan oleh portal online The Malaysian Insight bertajuk “Dr. Mahathir dakwa PRU14 paling kotor dalam sejarah” merupakan satu tuduhan jahat yang tidak mempunyai sebarang asas kebenaran.

2. Tuduhan yang jahat tersebut merupakan tindakan terdesak oleh Dr. Mahathir kerana fikirannya sudah buntu kerana tidak dapat mencari sebarang isu lain yang mempunyai asas untuk menyerang dan memburuk-burukkan YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak.

3. Tuduhan Dr. Mahathir yang pertama merujuk kepada senarai pengundi yang kononnya diubah.

4. Dr. Mahathir tentu sedar setelah 22 tahun menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri bahawa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan melakukan Pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) selama 14 hari setiap suku tahun yang mana mengikut Peraturan 15 (3) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 seseorang boleh membuat bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana orang di dalam RDPT tersebut dengan mengisi Borang C.

5. Maka, mana mungkin Dato’ Sri Najib mampu untuk menentukan atau menyusun senarai nama pemilih mengikut selera beliau.

6. Tuduhan kedua merujuk kepada persempadanan semula yang juga disusun mengikut ketentuan Dato’ Sri Najib.

7. SPR sekali lagi mengikut Perkara 113 (2) (ii) Perlembagaan Persekutuan untuk mengkaji semula sempadan bahagian-bahagian pilihan raya parlimen dan negeri setiap tidak kurang 8 tahun. Malah, Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan menyatakan dengan jelas mengenai prinsip-prinsip berhubung persempadanan bahagian pilihan raya.

8. Setiap syor yang dibawa oleh SPR boleh dibantah dan dibawa ke mahkamah untuk diputuskan seperti mana yang berlaku sebelum ini.

9. Seterusnya, syor tersebut akan dibentangkan di Dewan Rakyat untuk dibahaskan yang mana ahli parlimen pembangkang turut terlibat di dalam perbahasan tersebut.

10. Tuduhan ketiga merujuk kepada tuduhan kononnya terdapat campur tangan Dato’ Sri Najib bagi memastikan calon tertentu (Rafizi Ramli) tidak dapat bertanding.

11. Ini merupakan tuduhan yang dangkal oleh Dr. Mahathir kerana sekiranya Dato’ Sri Najib mempunyai kuasa sedemikian, secara logiknya lebih ramai lagi pemimpin pembangkang tidak dapat menjadi calon.

12. Di dalam kes ini, Rafizi Ramli telah disabitkan bersalah membocorkan butiran perbankan sulit National Feedlot Corporation (NFC) pada Mac 2012 dan dihukum penjara 30 bulan malah beliau juga didapati memfitnah NFC dan pengerusnya dan diarahkan untuk membayar RM300,000.

13. Menurut Perkara 48 (d), seseorang yang disabitkan suaru kesalahan dan dihukum pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun telah hilang kelayakan untuk menjadi ahli Parlimen.

14. Tuduhan keempat Dr. Mahathir pula merujuk kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang tidak meluluskan pendaftaran Pakatan Harapan.

15. Dr. Mahathir gagal untuk menyatakan bahawa kegagalan PPBM untuk menyerahkan maklumat serta dokumen yang dikehendaki dalam tempoh 30 hari bakal menyaksikan parti tersebut dibubarkan dan ini adalah berikutan laporan yang diterima mendakwa mesyuarat agung tahunan (AGM) parti itu tidak sah dan melanggar peraturan perlembagaan parti selain berhubung penubuhan sayap Pemuda.

16. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga telah menetapkan 5 April untuk mendengar semakan kehakiman yang difailkan oleh pihak mereka sendiri menunjukkan prosedur dan tatacara dijalankan dengan tertib tanpa sebarang campur tangan politik.

17. Kesimpulannya, tuduhan Dr. Mahathir terhadap YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak merupakan tuduhan yang jahat dan tidak berasas dan yang paling malang, saya percaya bahawa Dr. Mahathir selaku seorang pemimpin politik yang lama, sudah pasti tahu perkara-perkara yang dituduhnya itu adalah tidak betul, memesongkan dan berniat jahat.

18. Apa yang menyebabkan PRU14 ini menjadi kotor adalah tindakan pembangkang itu sendiri yang masih mengeluarkan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas, menyebarkan perkara palsu dan memesongkan pemikiran rakyat dengan propaganda jahat seperti mana yang dilakukan oleh Dr. Mahathir di dalam kenyataan beliau tersebut.

19. Saya percaya bahawa rakyat Malaysia cukup bijak untuk melakukan siasatan terlebih dahulu sebelum mempercayainya, lebih-lebih lagi dengan sumber informasi yang boleh diperoleh dengan mudah.

20. Saya kekal yakin, di bawah kepimpinan YAB Dato’ Sri Najib, Barisan Nasional tidak akan sesekali melakukan kempen berteraskan fitnah dan berita palsu.

21. Barisan Nasional akan memacu kempen PRU14 dengan bukti pembangunan ekonomi, kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat serta Manifesto Barisan Nasional yang bakal dilancarkan tidak lama lagi pasti mendapat kepercayaan rakyat dengan akujanji yang realistik, inklusif serta mendahulukan keperluan rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana