TPM ARAHKAN SEPARUH ELAUN DIBAYAR KEPADA ANGGOTA POLIS SEBELUM PRU14

Polis Diraja Malaysia (PDRM) diarahkan membayar elaun sebanyak 50 peratus kepada semua anggota polis yang akan bertugas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah itu harus dilakukan kerana prihatin terhadap kebajikan kakitangan yang akan meninggalkan keluarga masing-masing dalam tempoh yang lama.

“Saya telah arahkan agar PDRM membayar elaun kakitangan polis sebanyak 50 peratus sebelum mereka bergerak.

“Sekurangnya ada bekalan kepada anak, isteri dan keluarga,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Tertinggi PDRM di Maktab PDRM hari ini.

Baki elaun tersebut perlu diselesaikan dalam masa 30 hari selepas berakhirnya PRU14.

“Dalam Islam, upah mestilah dibayar. Elaun mesti dibayar sebelum peluh kering. Jangan simpan duit itu, bayar awal. Saya lakukan ini kerana saya amat prihatin kepada PDRM,” katanya lagi.

PDRM akan menempatkan lebih 64,000 anggota dan pegawai di seluruh negara, bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana