Shahrir tak percaya pembangkang akan mansuh GST...Memang PH tak akan Mansuhkan

Kalau mansuhkan GST....confirm akan dinaikkan cukai lain...habis nak cover duit.Nak cakau duit dari mana tu?Kita jangan mudah diperalat oleh pemimpinan PH...sebelum memerintah senang cakap itu akan dimansuhkan...ini akan dimansuhkan untuk pancing undi rakyat.

JANGAN KITA MUDAH DIPENGARUH OLEH BUDAYA PH....ROSAK DAN MUSNAH DENGAR JANJI MANIS MEREKA. 

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata dia tak yakin pembangkang akan hapuskan GST sekiranya mereka memerintah.

"Dalam manifesto mereka, pembangkang kata nak hapus GST. Saya tak percaya mereka akan lakukannya. Jika dibuat ia akan menyebabkan kehilangan hasil yang amat besar. Ia manifesto palsu. Ia janji palsu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel dalam sesi diskusi mingguan “Anda Tanya Kita Jawab” bertajuk “Berita Palsu Senjata Pembangkang” di Pusat Dagangan Dunia Putra, Rabu.

Program berkenaan dihoskan oleh Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa. Panel-panel lain ialah Pensyarah Kanan Pusat Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Dr Achmad Dzariean Mohd Nazri dan peguam, Adnan Seman.

Mengenai kegiatan penularan berita palsu yang semakin berleluasa kebelakangan ini, Shahrir berkata, ia memang sudah menjadi lumrah alam kerana masyarakat lebih gemar mendengar berita palsu daripada menyemaknya.

"Dalam keadaan seperti ini mudahlah fitnah diterima sebagai kebenaran. Ini mencabar amalan demokrasi yang lebih baik kerana demokrasi bergantung kepada maklumat," kata Ahli Parlimen Johor Bahru itu.

Shahrir, yang juga Pengerusi FELDA, mengambil contoh cadangan membentangkan akta berita palsu di parlimen yang ditentang pembangkang.

"Pembangkang kata ia bertujuan untuk menang pilihanraya. Itu tak betul. Kita kalau nak buat undang-undang, perlu melalui dewan rakyat, dewan negara dan selepas itu diwartakan.

"Saya jangka mungkin tak sempat pun untuk diguna pakai masa pilihanraya. Tapi awal-awal pembangkang sudah menanamkan dalam pemikiran rakyat bahawa ini nak digunakan sebagai senjata kerajaan dan parti pemerintah," katanya.

Shahrir juga menepis dakwaan pembangkang bahawa GST adalah punca kenaikan harga barang. Katanya masalah kenaikan harga barang dan kenaikan kps sara hidip sudah berlaku sejak zaman Mahathir lagi.

"Masa Tun Dr Mahathir Mohammed menjadi Perdana Menteri pun ada masalah harga barang, lama sebelum GST diperkenal. Apasal kita ni terlalu sangat berpolitik sehingga cuba menggambarkan keburukan. Yang buruk dibesarkan yang baik diterbalikkan. Kejayaan yang jelas depan mata kita tak nak nampak, katanya lagi.

Sementara itu, Annuar Musa menaruh keyakinan bahawa golongan "silent majority" ramai daripadanya terdiri dari golongan bijak dan berpandangan jauh.

Katanya mereka bijak dan waras dalam membuat penilaian antara parti yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat dan yang hanya tahu berpolitik sahaja.

“Dalam negara kita ini, ada satu perkara yang kita tidak boleh nafikan, iaitu kebijksanaan rakyat. Mereka ini tergolong di dalam kategori "silent majority". Mereka ini tidak sibuk-sibuk untuk berarak di tepi jalan atau bising-bising di dalam media sosial dan sebagainya.

“Tetapi golongan ini sentiasa memerhatikan segala isu dan senario politik yang berlaku. Mereka menilai dengan kebijaksanaan dan kewarasan akal fikiran. Dan akhirnya mereka membuat keputusan berdasarkan kebijaksanaan mereka.

“Saya yakin golongan ini tahu agenda dalam senario politik negara. Mereka tahu apa lakonan dan apa realiti, sikap pemimpin yang selalu membuat pusingan U dan lain-lain. Walaupun ada yang kata Melayu mudah lupa, tetapi saya yakin rakyat terbanyak ini ingat apa yang berlaku dalam gelanggang politik negara sebelum ini,” katanya.

Peguam Adnan Seman pula berpendapat rang undang-undang berkaitan berita palsu memang diperlukan untuk menyokong akta-akta lain yang berkaitan yang sedia ada yang tidak spesifik.

“Ketika ini ada pihak berhujah bahawa kita dah ada banyak akta seperti akta fitnah, akta komunikasi dan multimedia dan  sebagainya namun  kalau kita lihat di negara luar seperti German, Filipina, Indonesia dan Singapura telah melaksanakan akta ini.

Adnan mengambil contoh apa yang berlaku ke atas calon BN Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik yang menjadi mangsa berita palsu yang dibuat oleh lawannya, Nurul Izzah sehari sebelum pilihan raya umum ke-13.

“Apa yang berlaku kepada Raja Nong Chik pada waktu itu ialah Nurul Izzah buat satu sidang media sehari sebelum pilihan raya berhubung dakwaan salah guna kuasa. Ianya telah memberikan kesan terhadap Raja Nong Chik. Walaupun selepas permohonan maaf dibuat. Namun proses berkenaan juga memakan masa yang lama.

Dr. Achmad Dzariean Mohd Nazri pula berkata, semasa pilihan raya umum ke-13 yang lalu pelbagai berita palsu dikeluarkan termasuklah soal pengundi Bangladesh yang berjumlah 40,000 dan juga blackout yang kemudian ternyata tidak benar.

Katanya pendidikan mengenai berita palsu perlu dimulakan di rumah. Ibubapa, katanya perlu mendidik anak-anak supaya tidak mudah mempercayai bulat-bulat sesuatu perkara yang dikhabarkan.

Dengan cara ini katanya, apabila anak-anak membesar ke peringkat sekolah dan universiti, mereka tidak mudah terpengaruh dengan berita palsu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana