PRU paling kotor... Tuduhan Mahathir jahat dan terdesak

Kenyataan Tun Mahathir Mohamad bahawa Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) akan merupakan paling kotor adalah satu tuduhan yang jahat dan terdesak, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Aziz Kaprawi berkata k

Menurut beliau, tuduhan tersebut merupakan tindakan terdesak oleh Mahathir kerana fikirannya sudah buntu kerana tidak dapat mencari sebarang isu lain yang mempunyai asas untuk menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Tuduhan Mahathir yang pertama merujuk kepada senarai pengundi yang kononnya diubah. Beliau tentu sedar setelah 22 tahun menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri bahawa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan melakukan Pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) selama 14 hari setiap suku tahun yang mana mengikut Peraturan 15 (3) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

Katanya, seseorang boleh membuat bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana orang di dalam RDPT tersebut dengan mengisi Borang C.

“Maka, mana mungkin Najib mampu untuk menentukan atau menyusun senarai nama pemilih mengikut selera beliau?” soal Aziz dalam satu kenyataan.

Tambah beliau merujuk kepada tuduhan kedua bahawa persempadanan semula yang juga disusun mengikut ketentuan Najib.

“SPR sekali lagi mengikut Perkara 113 (2) (ii) Perlembagaan Persekutuan untuk mengkaji semula sempadan bahagian-bahagian pilihan raya parlimen dan negeri setiap tidak kurang 8 tahun. Malah, Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan menyatakan dengan jelas mengenai prinsip-prinsip berhubung persempadanan bahagian pilihan raya.”

“Setiap syor yang dibawa oleh SPR boleh dibantah dan dibawa ke mahkamah untuk diputuskan seperti mana yang berlaku sebelum ini,” tegas beliau sambil menambah syor tersebut akan dibentangkan di Dewan Rakyat untuk dibahaskan yang mana ahli parlimen pembangkang turut terlibat di dalam perbahasan tersebut.

“Kesimpulannya, tuduhan Mahathir terhadap Najib merupakan tuduhan yang jahat dan tidak berasas dan yang paling malang, saya percaya bahawa Mahathir selaku seorang pemimpin politik yang lama, sudah pasti tahu perkara-perkara yang dituduhnya itu adalah tidak betul, memesongkan dan berniat jahat,” kata Aziz.

Tambahnya, PRU14 ini menjadi kotor adalah tindakan pembangkang itu sendiri yang masih mengeluarkan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas, menyebarkan perkara palsu dan memesongkan pemikiran rakyat dengan propaganda jahat seperti mana yang dilakukan oleh Mahathir di dalam kenyataan beliau tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana