PM mahu BN tebus kekalahan Ali Rustam di Bukit Katil…

Menjelang pilihanraya umum ke 14 Datuk Seri Najib Tun Razak biasanya melancarkan jentera BN peringkat negeri.Namun dalam lawatan sehari ke Melaka Selasa Perdana Menteri telah melancarkan jentera untuk kawasan Parlimen Bukit Katil.

Sudah tentu ada sesuatu yang istimewa beliau telah beri perhatian kepada kawasan itu.

Pada pilihanraya umum ke 13 kejutan berlaku di kawasan itu bila Ketua Menteri Melaka Tan Sri Ali Rustam yang pindah bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri ke Parlimen di situ tewas.

Beliau tewas pada Shamsul Iskandar Mohd Akin daripada PKR dengan 5,733 undi majoriti.

Ia diluar jangkaan ramai pihak memandangkan Ali Rustam yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil dikenali cukup rajin dan jaga kawasan berkenaan dengan baik.

Al-kisahnya beliau kecundang kerana faktor undi kaum Cina kawasan itu memihak kepada Shamsul.

Berucap di majlis itu Perdana Menteri mahu BN Melaka merampas kembali kerusi Parlimen Bukit Katil pada PRU14.

Katanya, BN akan membawa lebih banyak perubahan di kawasan Parlimen Bukit Katil jika ia berjaya mengambil balik kawasan itu.

"Kita mahu Bukit Katil dijadikan keutamaan. Saya nak Bukit Katil kembali ke pangkuan BN," katanya pada majlis yang turut dihadiri Ali Rustam.

Dalam pada itu Najib meletakkan sasaran kepada BN Melaka untuk memenangi 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lima kerusi Parlimen pada PRU14.

BN Melaka kini menguasai 21 daripada 28 kerusi DUN dan empat daripada keseluruhan enam kerusi Parlimen.

Untuk mememastikan BN capai pada PRU14 kejayaan Perdana Menteri ulangi seruan … ‘Kita jangan tembak kaki sendiri, kita jangan sepak kaki kawan’.

Pengerusi BN itu berkata semua parti komponen mesti bekerjasama dan bekerja keras sebagai sebuah keluarga untuk memastikan kemenangan besar kepada BN nanti.

"Kita mesti bantu satu sama lain. Kalau UMNO yang menang, BN menang, kalau MCA yang menang, BN menang," katanya .

Mengulas lawatan kerja seharinya ke negeri ini, Perdana Menteri memberitahu ribuan penyokong BN yang hadir pada majlis itu bahawa beliau dapat merasakan mood dan suasana yang cukup meriah dan aura tersebut dilihatnya sebagai petanda baik yang memihak kepada BN.

Berhubung tarikh pilihan raya umum, Najib secara berseloroh berkata: "Bila nak pilihan raya? Bila nak raya? Kena tengok anak bulan. Tak lama lagi lah".

Pada majlis itu, Ali Rustam turut menghadiahkan Najib sebuah buku berjudul "Najib Razak: Di Sebalik Nama" yang ditulis anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Irmohizan Ibrahim, usahawan Ahmad Falahdini dan Nasir Baharudin.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana