PERSETERUAN MUKHRIZ DENGAN KAKITANGAN AWAM HAMPIR LUMPUHKAN KEDAH

Pergerakan Pemuda UMNO Kedah menyifatkan ugutan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk memecat peneraju kakitangan awam yang tidak memihak kepada Pakatan Harapan diketuai DAP adalah manifestasi kebebalan dan kedangkalan politik.

Ketuanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu (PPBM) itu harus sedar prinsip asas penjawat awam yang merupakan pelaksana dasar dan jentera utama kerajaan.

Katanya, Kedah banyak belajar daripada amalan politik dangkal Mukhriz ini.

“Suka diingatkan, bahawa pada suatu ketika di era kepimpinan Mukhriz, jentera kerajaan negeri hampir lumpuh dan tidak berfungsi.

“Mukhriz pada waktu gagal bekerja dan mentadbir dengan baik bersama pegawai tadbir negeri Kedah iaitu KCS sehingga beberapa langkah dan pendekatan penting gagal dilaksanakan,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, kakitangan kerajaan sentiasa menyokong kerajaan yang memerintah, ‘Government Of The Day’ dan mereka tidak boleh disalahkan sekiranya mereka patuh kepada prosedur dan polisi tertentu.

“Hakikatnya banyak juga penjawat awam yang tidak menyokong kerajaan namun itu adalah bersifat peribadi dan kerajaan tidak pernah sekali-sekali memecat ataupun menyingkirkan mana-mana pejawat awam yg tidak sehaluan dengan UMNO mahupun BN (Barisan Nasional) ,” katanya.

Menurut Shaiful Hazizy, pihaknya ingin menasihatkan Mukhriz supaya tidak terlalu “membodek’ rakan mereka iaitu DAP.

“Pemuda Kedah juga melihat tindakan Mukhriz ini seolah-olah ingin menari dan menyanyi muzik serta lirik yg sama dengan parti dominan Pakatan Harapan iaitu DAP,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana