Perseteruan Mukhriz dengan kakitangan awam hampir lumpuhkan Kedah

Ugutan Mukhriz Mahathir untuk memecat peneraju kakitangan awam yang tidak memihak kepada Pakatan Harapan adalah manifestasi kebebalan dan kedangkalan politik.

Kedah banyak belajar daripada amalan politik dangkal Mukhriz ini. Suka diingatkan, bahawa pada suatu ketika di era kepimpinan Mukhriz; jentera kerajaan negeri hampir lumpuh dan tidak berfungsi. Mukhriz pada waktu gagal bekerja dan mentadbir dgn baik brsm pegawai tadbir negeri Kedah iaitu KCS sehingga beberapa langkah dan pendekatan penting gagal dilaksanakan.

Sikap keanak-anakan dan ego politik Mukhriz hampir meruntuhkan sama sekali jentera kerajaan negeri. Kami di Kedah banyak menerima akibat buruk dengan sikap seperti ini.

Sekali lagi, Mukhriz ingin mengambil pendekatan sama. Ugutan dan permainan politik dendam dan "witch-hunting" seperti ini bukti Mukhriz masih belum matang dalam politik.

Ugutan dangkal Mukhriz ini wajar menjadi alasan paling kukuh untuk kakitangan awam menolak sebarang sokongan kepada Pakatan. Mukhriz sebenarnya sudah menunjukkan betapa PH membawa amalan politik dendam dan tidak demokratik sama sekali.

Kita mahu tahu apa komen dan pendirian rasmi Presiden parti PPBM dalam hal ini. Buat pendirian tegas. Jika PPBM dan PH sependapat dengan Mukhriz; kita minta mereka masukkan politik ugut dan dendam ini sebagai manifesto rasmi. Jika tidak, PH wajar ambil tindakan disiplin terhadap Mukhriz.

Sikap dan ego Mukhriz ini tidak ubah seperti "kaduk naik junjung". Sikap sombong Mukhriz ini terzahir kerana semuanya diperoleh dengan mudah. Tidak ada istilah hormat di dalam kamus ahli politik "jadi-jadian" sepertinya.

Hakikatnya Mukhriz harus sedar prinsip asas penjawat awam yg merupakan pelaksana dasar dan jentera utama kerajaan. Mereka sentiasa menyokong kerajaan yg memerintah “Govt Of The Day”. Seharusnya mereka tidak boleh di salahkan sekiranya mereka patuh kpd prosedur dan polisi tertentu. Hakikatnya banyak juga penjawat awam yg tidak menyokong kerajaan, namun ianya adalah bersifat peribadi dan Kerajaan BN tidak pernah sekali2 memecat ataupun menyingkirkan mana2 pejawat awam yg tidak sehaluan dgn UMNO dan Barisan Nasional.

Pemuda UMNO Kedah juga ingin menasihatkan Mukhriz supaya tidak terlalu “membodek” rakan mereka iaitu DAP. Semua tahu bahawa DAP memang anti penjawat awam sehingga pada satu ketika dahulu mereka pernah berikrar utk mengurangkan jumlah penjawat awam sekiranya mereka menawan putrajaya. Dan tindakan Mukhriz ini Pemuda Kedah lihat seolah2 ingin menari dan menyanyi muzik serta lirik yg sama dgn parti dominan Pakatan Harapan iaitu DAP.

Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin

Ketua Pemuda UMNO Kedah

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana