Pengundi Melayu Tolak DAP Kuasai Ayer Hitam...Wajib Tolak PH terutama Sekali Politik DAP

PILIHAN Raya Umum ke-13 telah menyaksikan DAP dan PKR memenangi banyak kerusi Parlimen terutama di kawasan bandar.
Parlimen Seputeh, Bukti Bintang, Cheras, Segambut, Batu, Wangsa Maju, Bandar Tun Razak dan Lembah Pantai telah dimenangi pembangkang.

Barisan Nasional (BN) melalui UMNO berjaya memenangi kerusi kubu kuatnya Setiawangsa dan Titiwangsa, itupun selepas merampasnya daripada PAS yang memenanginya penggal lalu.

Perkembangan sosiopolitik terkini, akibat kesan media sosial dan penyebaran maklumat melalui media lain telah menyebabkan kawasan bandar mudah menerima mesej pembangkang.

Mesej ini tidak kira sama ada benar atau salah, sama ada berita berfakta yang benar atau berita palsu, semuanya mudah sampai ke kawasan bandar.

Di kerusi Parlimen Ayer Hitam di Johor, penduduk di kawasan ini diyakini masih percaya pada kepimpinan UMNO di bawah Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Barisan Nasional (BN) terus berjaya memenangi kerusi Ayer Hitam berdepan lawan daripada parti-parti pembangkang.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-12, calon BN menang menewaskan PAS dengan majoriti 13,909 undi.

Pilihan raya umum berikutnya, calon BN yang sama Datuk Wee Ka Siong dari MCA menang menewaskan calon PAS berbangsa Cina dengan majoriti merosot kepada 7,310 undi.

Satu penjelasan jumlah undi itu ialah kemerosotan undi MCA di kawasan majoriti Melayu itu, yang jumlahnya melebihi 50 peratus, bermakna pengundi Melayu semakin sukar untuk memilih MCA.

Selain MCA yang kelihatan tidak bersungguh-sungguh melawan DAP, mereka juga nampaknya sedia menyerahkan kepimpinan kaum Cina kepada DAP demi kepentingan kaum.

Ini berlaku di kerusi Parlimen Kluang pada PRU13, tempat calon DAP Liew Chin Tong dengan mudah merampasnya dari MCA tanpa tentangan.

Tidak hairan sekiranya dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti, MCA boleh mengalami nasib lebih buruk.

Pengundi Cina nampaknya telah menyerahkan kepimpinan Cina kepada DAP dan tidak mengharapkan MCA lagi.

Sejak PRU12, MCA dan Gerakan semakin sukar untuk menarik undi Cina kepada BN, dan UMNO – dengan parti-parti BN di Sarawak – terpaksa bekerja lebih keras untuk memenangi kerusi majoriti Melayu bagi mengekalkan kerajaan persekutuan di bawah BN.

Dalam PRU14, tiba masanya UMNO dan orang Melayu mengambil semula kerusi-kerusi Parlimen yang ditandingi MCA seperti Wangsa Maju, Bandar Tun Razak dan Ayer Hitam yang bakal ditandingi Pengerusi DAP Johor, Chin Tong.

Ayer Hitam amat penting untuk dikuasai semula oleh parti Melayu untuk menunjukkan bahawa “tsunami Cina” di Johor ada hadnya dan tidak akan diulangi lagi.

DAP akan menunjukkan Ayer Hitam sebagai satu simbol kemaraannya. Kejayaan menewaskan Timbalan Presiden MCA akan menunjukkan kekuatan DAP dan menjadikan parti pembangkang itu lebih diyakini untuk memimpin.

Calon MCA yang lemah di Ayer Hitam hanya akan menyerahkan kerusi Parlimen itu kepada DAP yang mendapat sokongan penuh kaum Cina, sedangkan orang Melayu sudah tawar hati dengan MCA.

Johor ialah negeri sasaran DAP dalam PRU14 nanti, setelah bersemangat atas kejayaan besar PRU13 menewaskan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman di Gelang Patah.

DAP berharap akan ada lagi tsunami pada PRU14 bagi membolehkannya menawan Johor, dengan dibantu oleh rakan lain PKR dan PAN. Inilah yang perlu dihalang oleh Umno dengan meletakkan calon-calonnya di Ayer Hitam dan kerusi-kerusi majoriti Melayu lain.

Pendirian pengundi Cina ini bermakna kerusi-kerusi Parlimen majoriti Melayu perlu diselamatkan daripada terlepas kepada DAP dan pembangkang lain.

Dalam hal ini, sepatutnya MCA perlu sedar kelemahannya dan berundur daripada kerusi tersebut, dan diserahkan kepada UMNO yang lebih “winnable.”

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana