Pengerusi DAP Johor tempah ‘keranda’ di Ayer Hitam...

Benarkah DAP mencalonkan Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong bertanding di parlimen Ayer Hitam menentang penyandang Datuk Seri Wee Ka Siong kerana kritikan Timbalan Presiden MCA itu berhubung isu terowong di Pulau Pinang?
Diuar-uarkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng amat marah dan tertekan selepas Ka Siong berterusan mendedahkan mengenai skandal terowong dasar laut dengan Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
Kerana itu juga beliau mahu DAP bertanding di Ayer Hitam walaupun PH sudah bersetuju kerusi parlimen itu ditandingi calon daripada PAN memandangkan pada PRU ke 13, PAS meletakkan calon Cina bertanding di situ.
Sepintas lalu, itulah alasan DAP mempertaruhkan Chin Tong di kerusi yang dimenangani Ka Siong sejak 2004 sedangkan ramai tidak mengetahui wakil rakyat itu mahu ‘lari’ daripada parlimen Kluang.
Walaupun beliau menang dengan majoriti 7,395 undi pada PRU lalu, Chin Tong kini bukanlah wakil rakyat yang disenangi pengundi-pengundi di Kluang.
Sama seperti bos besarnya Lim Kit Siang yang menimbulkan kemarahan pengundi Parlimen Gelang Patah kerana jarang berada di kawasan, Chin Tong juga berdepan isu sama.
Pengerusi BN Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebelum ini berkata, hasil kajian mendapati mutu perkhidmatan wakil rakyat parti pembangkang di setiap kawasan diwakili adalah rendah malah ada di antara mereka tidak dikenali masyarakat setempat.
Selain itu, gerak kerja jentera BN di Parlimen itu sejak beberapa tahun lalu yang semakin kemas dan teratur, membantu menyelesaikan isu-isu penduduk setempat, turut menyebabkan Chin Tong kecut perut.
Justeru, tidak mustahil beliau bakal berdepan lalu sukar untuk mempertahan kerusi Kluang jika terus bertanding di parlimen tersebut.
Pilihan lain bagi DAP adalah memindahkan Chin Tong bertanding di Ayer Hitam dengan dua misi – memenanginya dan menguburkan ‘politik’ Ka Siong serta MCA di situ.
Soalnya adakah Chin Tong boleh menang di Ayer Hitam?
Pada PRU ke 13, Ka Siong menewaskan calon PAS Hu Pang Chaw dengan majoriti 7,310 undi – jumlah hampir sama diperolehi Chin Tong di Kluang.
Perbezaannya kali ini, Chin Tong tidak akan dapat undi orang Melayu di kawasan itu bahkan calon DAP yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Yong Peng juga berdepan perkara sama.
Bagi MCA pula, mereka pasti mahu mengkekal kemenangan Ka Siong di situ sekaligus menguburkan pula politik Chin Tong yang juga Pengerusi DAP Johor.
Sudah pasti, apa juga alasan Chin Tong sudah menempah keranda di Ayer Hitam kerana pengundi di parlimen itu tahu jasa Ka Siong berbanding pemimpin DAP tersebut yang mahu ‘lari’ daripada masalah penduduk di Kluang.
Begitu juga dengan Kit Siang jika beliau masih berhajat bertanding di Gelang Patah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana