PAS Perak jawab DAP... kami tak masuk lubang biawak dua kali

PAS Perak meminta DAP melupakan sahaja hasrat dan harapannya untuk memancing sokongan ahli-ahli PAS bagi menyokong perjuangan Pakatan Harapan (PH)  untuk menghapuskan GST.

Pesuruhjaya PAS Perak, Haji Razman Zakaria menegaskan ini kerana hubungan kerjasama PAS dengan DAP dan parti-parti dalam gabungan PH sudahpun tertutup.

Katanya, DAP jangan membuang masa kerana ahli-ahli PAS tetap setia bersama perjuangan parti dan yakin PAS mampu bergerak sendiri sebagai sebuah parti yang mempunyai pengaruh besar diperingkat akar umbi  untuk berdepan lawan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Menurut beliau, ahli-ahli PAS sudah lama menolak perjuangan PH kerana terdapat kalangan pemimpin parti dalam gabungan itu yang tiada berpendirian hanya bergantung harap semata-mata kepada DAP.     

``PAS Perak tidak mahu masuk lubang biawak dua kali... DAP perlu lupakan sahaja hasrat untuk memancing sokongan ahli PAS dalam perjuangan Pakatan Harapan untuk menghapuskan GST,'' kata Haji Razman kepada Agendadaily pada Selasa.

Beliau diminta mengulas kata dua yang diberikan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming kepada ahli-ahli PAS sama ada mahu terus bersama PAS atau menyokong perjuangan Pakatan Harapan untuk menghapuskan GST.

Menurutnya PAS sudah cukup mengalami pengalaman pahit semasa bersama DAP dan tidak mahu lagi menjadi `kuda tunggangan' DAP.

Beliau juga membayangkan kenyataan Kor Ming itu mencerminkan DAP dan parti-parti dalam gabungan Pakatan Harapan tidak mempunyai sokongan mantap diperingkat  akar umbi sehingga dikatakan terpaksa menagih sokongan ahli-ahli PAS dalam perjuangan mereka untuk menghapuskan GST.

``Tidak perlu meminta sokongan ahli-ahli PAS sebab PAS sendiri dalam perjuangannya semenangnya menentang GST dan rasuah,'' katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana