Pakatan Harapan Menipu Pengundi

Manifesto Pilihan Raya Pakatan Harapan bukanlah satu dokumen baru. Halaman 5 hingga 19 sebenarnya dikitar semula atau diambil dari dokumen terdahulu yang diterbitkan pada tahun 1999 dan 2008 – seperti Agenda Reformasi, Deklarasi Rakyat, dan sebagainya, yang mana ayah saya terlibat dalam penggubalannya. Malah, anda boleh membaca dokumen-dokumen tersebut di Internet. Itu bermakna Manifesto Pilihan Raya Pakatan Harapan sama sahaja dengan yang lama dan tiada benda yang baru. Adakah ini bermakna Pakatan Harapan sudah kehabisan idea?

Kebanyakkan janji Pakatan Harapan dalam Manifesto Pilihan Rayanya juga tidak boleh dilaksanakan tanpa pindaan besar kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Ini bermakna Pakatan Harapan bukan sahaja mesti memenangi pilihan raya umum, tetapi mereka juga mesti menang dengan majoriti dua pertiga di Parlimen, atau tidak kurang daripada 149-150 kerusi. Kemenangan dua pertiga di Parlimen untuk Pakatan Harapan adalah tidak mungkin dan tidak akan berlaku. Jadi itu bermakna Pakatan Harapan boleh dengan ‘selamat’ tidak memenuhi janji pilihan raya dan tidak akan dipersalahkan.

Pakatan Harapan sedang menipu pengundi. Inilah yang kita panggil penipuan. Mereka membuat janji-janji yang tidak dapat dipenuhi, dan mereka tahu apabila mereka tidak dapat memenuhi janji-janji ini, mereka boleh menyalahkan Perlembagaan Persekutuan dan tidak akan dipertanggungjawabkan terhadap kegagalan itu. Menghapuskan 6% GST dan menggantikannya dengan SST yang mana adalah lebih dari dua kali ganda adalah bodoh. Anda seperti memberi kembali RM1 kepada rakyat dan kemudian mengenakan cukai RM2 ke atas mereka. Adakah mereka sudah melakukan kira-kiranya? Bagaimanakah menghapuskan cukai sebanyak RM45 bilion dan kemudian mengenakan cukai RM100 bilion dengan cara tersembunyi ke atas rakyat menjadi sesuatu yang lebih baik bagi rakyat Malaysia?

Sama seperti apabila Pakatan berjanji untuk menghapuskan caj tol lebuh raya pada tahun 2008, yang kebanyakannya di Selangor. Selepas berkuasa, mereka berkata caj tol lebuh raya adalah urusan persekutuan dan Kerajaan Negeri Pakatan Selangor tidak mempunyai kuasa untuk menghapuskannya. Itu adalah satu penipuan. Kerajaan Negeri Pakatan Selangor ada kuasa untuk menghapuskan caj tol lebuh raya. Apa yang perlu mereka lakukan hanyalah membayar RM500 bilion kepada syarikat konsesi lebuh raya supaya pengguna lebuh raya boleh mengguna lebuh raya secara percuma. Mengapa mereka tidak melakukan ini?

Isunya adalah wang. Dengan hanya RM2 bilion dalam rizab, Kerajaan Negeri Pakatan Selangor tidak mampu untuk menghapuskan caj tol lebuh raya. Dan walaupun Pakatan Harapan dapat membentuk kerajaan persekutuan, mereka masih tidak mampu membayar RM500 bilion untuk membolehkan rakyat Malaysia menggunkan lebuh raya secara percuma. Jadi ini tidak ada kaitan dengan hujah bahawa Pakatan hanyalah Kerajaan Negeri dan bukannya Kerajaan Persekutuan.

Tulisan asal oleh:
Raja Sara Petra, Malaysia Today, 12 Mac 2018

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana