Mengundi Pembangkang Seperti Melihat Pelangi Ketika Gerimis, Janji Hilang Begitu Sahaja

Seperti yang dinyanyikan oleh penyanyi tanah air yang berbunyi beginii “Harapan setinggi gunung, berderai menjadi debu” – begitu juga dengan apa yang diperkatakan oleh pihak pembangkang dalam apa juga keadaan sekali pun.

Harapan yang dibuat  9 tahun yang lalu semuanya dibawa angin lalu, Rakyat hanya mampu melihat sahaja dan tiada daya untuk mengejarnya kembali. Kisah silam ini seharusnya menjadi teladan yang berguna kepada rakyat untuk memilih kepimpinan Negara.

Kepimpinan yang boleh menjamin kemajuan kepada Negara, kepimpinan yang boleh memberikan keselesaan kepada rakyat, kepimpinan yang bertanggungjawab kepada semua pihak dengan dasar toleransi yang tinggi.

Menyentuh tentang toleransi, kita sedar dalam hidup berbilang kaum dalam Negara ini sikap toleransi ini amat penting bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian kehidupan tanpa ada syak wasangka diantara satu dengan yang lain.

Syak wasangka ini dimainkan oleh pihak pembangkang tanpa sempadan dengan mengwujudkan politik kebencian pada tahap tinggi sehingga memungkinkan berlakunya ketidakstabilan kehidupan  dalam Negara ini.

Negara kita mengamalkan dasar politik demokrasi berparlimen yang mana  tidak menghalang mana-mana rakyat untuk menyatakan  pandangan dan pendapat dan menyuarakan kritikan terhadap kerajaan dengan batas-batas yang tertentu.

Batas-batas inilah yang perlu dijaga sehingga tempoh pilihanraya bermula. Pilihanraya yang memberikan hak-hak kepada rakyat untuk memilih pemimpin dan parti untuk mengetuai mereka dalam urusan pentadbiran Negara.

Dalam pilihanraya dan sebelum pilihanraya , parti-parti yang bertanding  cuba sedaya upaya terus memberikan keyakinan kepada rakyat dengan janji-janji yang bakal diberikan kepada rakyat. Namun adakah janji tersebut dapat dilaksanakan  sebagaimana yang dijanjikan.

Manifesto yang diumumkan oleh Pakatan Harapan (PH) pada 8 Mac lepas di Shah Alam sebenarnya hanyalah wayang sahaja. Manifesto bukanlah perkara yang prioriti dalam sesuatu gabungan, tetapi soal agihan kerusi yang lebih prioriti.

Apa guna ada manifesto bulan dan bintang, kalau tiada orang untuk laksanakan apa telah dijanji. Umpama janji air liur sahajalah. Janji dengan bakal mak mertua macam macam, hendak beli rumah, kereta, gelang emas dan rantai kaki tetapi pengantin lelaki pun belum ada lagi.

Sehingga kini difaham kan hanya 5% sahaja janji yang telah ditunaikan oleh pembangkang kepada rakyat , itu pun janji yang berskala kecil dan selebihnya  ditinggalkan sehingga 9 tahun lamanya. Sekarang rakyat akan menghadapi pilihanraya lagi.

Pembangkang sebagaimana biasa cuba menabur janji kosng lagi untuk rakyat. Seharusnya rakyat terus menilai  prestasi pemimpin pembangkang dalam soal kebertanggungjawaban mereka menjalankan tugas dan amanah yang digalas diatas bahu mereka.

Apa yang berlaku, pembangkang masih lagi bergelut dengan soal pengagihan kerusi yang mahu dipertandingkan dalam pilihanraya 14, masih lagi bercakaran untuk mendapatkan lebihan kerusi  dengan merampas kerusi kepunyaan sekutu yang lain dengan menggunakan kusa nazi mereka.’

Seharusnya pembangkang mesti selesaikan dulu masalah pengagihan kerusi untuk bertanding dan senarai calon, kemudian baru umum manifesto mereka. Beberapa negeri masih lagi tidak selesai, malah ada negeri yang merahsiakan pula  dan enggan umum agihan kerusi.

Kerusi parlimen di seluruh Malaysia ada 222 kerusi, namun pakatan pembangkang hanya berani umum jumlah agihan kerusi mereka di Semenanjung Malaysia sahaja, bagaimana di Sabah dan Sarawak? Bukankah dalam manifesto itu ada janji untuk orang Sabah dan Sarawak, jadi kenapa tidak berani umum agihan kerusi di sana?

Bermaksud, kerusi Sabah dan Sarawak dilihat tidak akan memberikan kemenangan kepada mereka , tiada cara lain ialah memastikan kerusi yang dipertandingkan di Semenanjung akan memberikan impak kemenangan yang besar untuk pembangkang.

Bukan itu sahaja,  PPBM mungkin dibatalkan oleh ROS kerana masalah dalaman mereka sendiri. Mahathir sudah umum semalam bersedia guna logo DAP untuk tanding dalam PRU14. Mahathir juga sudah mengampu Anwar dan PKR dengan baik sekali, dua tiga hari ini.

Siap salahkan polis pasal mata Anwar lebam dan mengaku bersalah pecat Anwar Ibrahim. Apa motif Mahathir buat begitu? Hendak pujuk Anwar dan Wan Azizah untuk guna logo PKR masa hendak bertanding nanti? Boleh jadi juga.

Kalau PPBM bubar, bermakna berebut lagilah 52 kawasan yang hendak diberikan kepada PPBM itu antara DAP dan PKR. Sudah pastilah DAP akan dapat banyak kerusi jika Mahathir sedia guna logo DAP. Mukhriz pula guna logo DAP tanding di kawasan Cina agar terjamin kedudukannya di parlimen, itu yang Mahathir mahu.

Semalam, sepatutnya pakatan pembangkang umumkan logo apa yang akan mereka guna untuk PRU14, logo DAP, PKR, PAN atau PPBM. Janji hal logo ini akan diselesaikan dalam masa seminggu sahaja. Namun semalam, bila masanya sampai tidak juga selesai masalah.

Berjanji hal logo pun pembangkang tidak boleh tunaikan, apatah lagi manifesto yang setebal 318 mukasurat itu. Sesama pembangkang pun tidak boleh sepakat lagi hal agihan kerusi dan hal logo, macam mana hendak tunaikan manifesto dan janji kepada rakyat.

Maka janji hanya tinggal janji yang tak kunjung tiba, Janji yang menjadi  mimpi indah sahaja dan akan hilang apabil terjaga dari lena. Inilah pembangkang yang dipuja oleh pentaksub yang hanya bijak berkata kata .

Piilihanraya 14 akan datang, pembangkang harus dihukum seberatnya kerana mereka bukan pemimpin untuk rakyat tetapi mereka hanya pemimpin kleptokrat yang hanya melihat kekayaan dihadapan mata untuk dirompak bersama sama.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana