Madey Main Wayang...Kata ROS Buat Buat Tak Tahu Prosedure

KUALA LUMPUR: PPBM mendakwa walaupun parti itu mengikut segala kehendak yang diminta Jabatan Pertubuhan Pendaftaran (RoS), jabatan itu tetap tidak akan meluluskan pendaftaran Pakatan Harapan (PH).

Presidennya Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan, sekiranya perkara ini berlaku ia akan memberi laluan mudah kepada Barisan Nasional (BN) untuk menang pada pilihan raya akan datang.

“Kita dapat maklumat bahawa RoS tidak akan lulus walau apa pun dilakukan oleh kita untuk menentukan segala kehendak RoS dipatuhi. RoS tidak akan lulus (PH), kerana jika PPBM tidak dapat (bertanding) dalam pilihanraya, Najib akan menang,” katanya dalam sidang media sebentar tadi.

Namun katanya, gagasan itu masih belum membuat perancangan berkenaan tindakan susulan sekiranya PPBM dibubarkan secara rasmi kelak.

“Plan B adalah Plan B lah,” ujarnya ringkas.

Parti tajaan Dr Mahathir itu kini berdepan risiko untuk dibubarkan selepas RoS mengemukakan notis mengikut Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1966.

Notis itu menuntut PPBM menyerahkan penyata kewangan dan minit mesyuarat setiap cawangan dan bahagian seluruh negara bagi menyiasat dakwaan bahawa tiada mesyuarat dibuat untuk memilih perwakilan ke AGM parti itu.

Ahli akar umbi juga mendakwa AGM yang diadakan itu sebagai 'syok sendiri' berikutan memperjuangkan kepentingan individu tertentu dan tiada inisiatif untuk menyelesaikan kemelut dalaman parti.

Kemelut PPBM ini turut merencatkan usaha gagasan pembangkang yang dianggotainya DAP, PKR, Amanah dan PPBM itu untuk bernaung di bawah satu logo pada PRU14.

Selaras dengan Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan, jika PPBM gagal menyerahkan maklumat dan dokumen yang diminta, satu perintah pembubaran bakal dikuatkuasakan keatas parti itu. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana