KIT SIANG TAK NAK JAWAB KESEDIAAN DR MAHATHIR TANDING GUNA LOGO DAP

Pemimpin DAP, Lim Kit Siang enggan menjawab kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad yang bersedia bertanding Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) menggunakan logo DAP.

Sebaliknya, beliau menyatakan perkara itu boleh dijawab Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

“Jangan tanya saya…soal itu boleh ajukan kepada Guan Eng. Soal berkaitan parti, beliau (Guan Eng) boleh menjawab kerana dia yang bertanggungjawab,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen, semalam.

Lim berkata demikian ketika diminta menjawab berhubung kenyataan Dr Mahathir pada minggu lepas yang menyatakan kesediaan untuk bertanding pada PRU-14 menggunakan lambang DAP.

Pengerusi PPBM itu membuat kenyataan berkenaan, susulan kemelut yang melanda partinya yang berkemungkinan dibatalkan pendaftaran oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).



BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana