Kantoi! Mahathir ‘U-Turn’ Jadi Calon DAP PRU-14

TERSERLAH… Akhirnya Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad yang belum disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), mengakui beliau sedia menjadi calon DAP.
Perkara itu memang sudah dijangka ramai penganalisis politik tempatan ekoran kemelut Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang mungkin dibubarkan RoS tidak lama lagi kerana melanggar perlembagaannya sendiri.

Mahathir, 92, dengan bangga berkata beliau sanggup bertanding di bawah tiket mana-mana parti politik dalam PH termasuk DAP pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang, jika PPBM dibatalkan pendaftaran oleh RoS.

Pengerusi PPBM itu dengan nada yakin berkata perkara itu antara pilihan yang sedang difikirkan susulan krisis partinya berdepan tindakan RoS, sekali gus membuktikan beliau sanggup melakukan ‘pusingan U’ demi politik.

“Saya terbuka, malah saya sedia bertanding untuk DAP, mungkin presiden DAP,” kata Mahathir dengan sinis pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di bangunan Parlimen di ibu negara pada Selasa.

Beliau diminta mengulas sama ada PPBM akan meletakkan calonnya tetapi perlu bertanding menggunakan tiket rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang pada PRU ke-14 jika parti kecil serpihan UMNO itu dibubarkan.

Ditanya sama ada permasalahan melanda PPBM itu menjadi halangan bagi PH pada PRU nanti, Mahathir berkata: “Memang, jika mereka (RoS) tidak meluluskannya, akan jadi sukar, tetapi kami akan berkempen sebagai pakatan.

Baru-baru ini, RoS mengeluarkan notis kepada PPBM mengkehendaki ia menyerahkan maklumat serta dokumen termasuk minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta penyata kewangan parti kepada jabatan itu.

Pengamat politik tanah air meramalkan kemelut itu menyaksikan Mahathir bakal bertanding atas tiket DAP kerana dianggap lebih selamat berbanding dengan menjadi calon PKR atau serpihan PAS iaitu PAN yang jauh lebih lemah.

Krisis PPBM turut menjadi bahan jenaka netizen pro-Barisan Nasional yang menyindir parti berlambang bunga itu tidak mampu pun menguruskan dirinya tetapi ‘bernafsu besar’ memerintah Malaysia. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana