‘KALAU ADA DI PARLIMEN, SAYA DAH TERAJANG KIT SIANG’

Pemimpin Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos menyokong tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menghalau Lim Kit Siang dari Parlimen hari ini.

Jamal berkata jika beliau ada di Parlimen semalam, beliau juga akan mengambil tindakan sama terhadap anggota parlimen Gelang Patah itu.

“Sepatutnya bukan dihalau tapi diterajang keluar dari parlimen.

“Kalau saya berada di parlimen tadi saya sempat terajang dia, nasib baik saya nak masuk tadi tak boleh nak masuk.

“Memang wajarlah (Lim dihalau) kerana sikap biadap Lim ini tidak menghormati parlimen, tidak menghormati speaker, memang patut dihalau,” katanya pada sidang media di Pejabat Gerakan Gabungan NGO Malaysia, di Ampang, Kuala Lumpur, semalam.

Jamal berkata demikian mengulas langkah Pandikar yang menghalau Lim dari persidangan Dewan Rakyat, semalam.

Tak berbaloi berkumpul

Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh berikutan tindak-tanduk pemimpin pembangkang membantah usul persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dibentangkan.

Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kemudian menghalaunya dari parlimen tetapi Lim berdegil enggan keluar dengan menggelengkan kepala serta melaungkan perkataan “penyamun” dan “pencuri” kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pagi semalam, keadaan di luar Dewan Rakyat juga kecohdengan himpunan ratusan penyokong pembangkang yang dianjurkan BERSIH bagi membantah usul persempadanan semula.

Kelmarin, Jamal memberi amaran untuk mengerahkan 10,000 anggota bagi berdepan dengan penyokong BERSIH semalam, namun beliau tidak berbuat demikian.

Ketua kumpulan Baju Merah itu sebaliknya bersarapan mangga kuning hari ini.

Katanya, tidak berbaloi untuk kumpulan Baju Merah turun berhimpun pada hari ini kerana jumlah peserta himpunan Kalahkan Pencuri itu didakwanya sekadar seramai 500 orang.

Mengulas lanjut, Jamal berkata Lim sudah tidak lagi layak menjadi wakil rakyat kerana beliau dan anaknya Lim Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang kini terpalit dengan dakwaan rasuah.

“Lim Kit Siang dah tak sepatutnya jadi wakil rakyat, dia kena selesaikan dulu kes anak dia curi duit. Anak dia ini bersama dia curi duit rakyat Pulau Pinang, buat terowong beratus juta tapi terowongnya pun tak nampak.

“Jadi, sebelum tuduh orang pencuri dialah yang jadi pencuri,” katanya.

Malah, Jamal turut melabel tindakan Lim sebagai komunis.

“Lim Kit Siang ini kalau dilihat daripada awal dialah penggerak utama, kepala utama komunis dekat negara ini.

“Jadi saya nak tanya Lim Kit Siang masa dalam komunis ketika itu dia pakai pangkat apa? Saya pun nak tahu, Sarjan ke, prebet ke dalam komunis.

“Jadi, komunis seperti Kit Siang ini begitulah (perangai) yang dibawa, perangai buruk dia yang tidak sopan kepada undnag-undang sedangkan beliau adalah ahli parlimen,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana