Jauh Panggang Dari Api, Jawatan YDP Agong Tak Sama Dengan Jadi PM

Tindakan Siti Hasmah Mohd Ali menyamakan suaminya, Mahathir Mohamad dengan Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah kerana ingin menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali adalah satu cara beliau menarik publisiti murahan untuk suaminya.

Beliau mendakwa Mahathir sama dengan Almarhum kerana Sultan Abdul Halim juga pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali iaitu dari tahun 1970 hingga 1975 dan dari tahun 2011 hingga 2016. Ia sudah tentu adalah dua perkara berbeza dan langsung tidak ada kaitan antara satu sama lain.

Yang di-Pertuan Agong dilantik mengikut penggiliran dalam kalangan sembilan Raja-Raja Melayu dan bukan mahu jadi pemimpin ikut suka hati seperti Mahathir. Kini, Mahathir yang pernah jadi Perdana Menteri pada tahun 1981 hingga 2003 selama 22 tahun, adalah calon Perdana Menteri bagi pakatan pembangkang.

Selain itu, Yang di-Pertuan Agong adalah ketua negara dan tidak pernah ada Yang di-Pertuan Agong yang dilantik mahu menjatuhkan parti kerajaan tidak kira melalui apa cara sekalipun. Mahathir mahu jatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional (BN) secara salah dan tidak demokrasi.

Tuanku Yang di-Pertuan Agong juga tidak membuat tuduhan palsu atau berita yang salah untuk memburuk-burukkan kerajaan di dalam negara dan di luar negara.

Walaupun agensi kerajaan sudah membuat siasatan dan mendapat keputusan bahawa tuduhan dan dakwaan Mahathir salah, beliau tetap tidak menerimanya dan terus buat tuduhan demi tuduhan.

Yang di-Pertuan Agong tidak melakukan tugas seperti itu.

Siti Hasmah berkata demikian apabila beliau dan Mahathir hadir dalam program ‘Wacana Sinar ke-53 : Apakah Tun Terlalu Tua Untuk Jadi PM” kononnya secara mengejut tetapi banyak pihak sudah boleh menduga itu memang rancangan Mahathir.

Sekarang, strategi Mahathir ialah hendak menunjukkan kepada orang ramai dirinya masih muda dan layak untuk jadi Perdana Menteri walaupun sudah berusia 93 tahun dan pernah jadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Selepas hadir, ada pula slot untuk Mahathir bercakap seakan-akan dirancang dan dalam akhbar Sinar Harian ada beberapa laporan berita menulis berkaitan jawapan Mahathir dan Siti Hasmah dalam program berkenaan seakan-akan wacana itu adalah platform untuk Mahathir mempertahankan dirinya.

Dalam satu laporan, Sinar Harian menulis berita dengan tajuk “Saya Masih Mampu Jadi PM” memetik Mahathir berkata beliau mampu menggalas tugas sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang PRU14 walaupun usianya sudah hampir 100 tahun.

““Saya pun tidak akan duduk lama (sebagai perdana menteri). Saya ingat sampai umur 95 atau 96 saya akan berundur,” katanya kepada Sinar Harian selepas menghadiri Wacana Sinar Harian ke-53 yang bertajuk “Apakah Tun M terlalu tua untuk jadi PM?” semalam.

Kalau benar-benar berani, Mahathir dicabar untuk hadir dalam siri ceramah penjelasan oleh Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy untuk dengar depan-depan penjelasan beliau berkenaan isu syarikat pelaburan strategik negara itu. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana