JANGAN NAK BUAT MUKA KASIHAN LAH!!!!“SAYA TIDAK LAYAK JADI PM” – MUKHRIZ

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz mengakui bahawa beliau belum layak serta sedia menjadi perdana menteri walaupun sering menjadi mangsa tohmahan kononnya, bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad menceburi semula politik kerana mahu berbuat demikian.

“Sebagai ahli politik, kita perlu terbuka untuk apa-apa kemungkinan tetapi jika seseorang datang kepada saya hari ini dan menawarkan jawatan perdana menteri, saya akan kata, ‘maaf, saya tidak layak’.

“Saya hanya menteri besar selama dua setengah tahun, saya tidak boleh tiba-tiba menjadi perdana menteri.

“Minat saya sikit sahaja untuk jadi perdana menteri, saya tak boleh kata secara secara penuh (minat jadi perdana menteri),” katanya dalam satu wawancara ekslusif bersama Malaysiakini, minggu lalu.

Mukhriz juga melihat tugas seorang perdana menteri sebagai sangat berat untuk dipikul kerana setiap hari perlu membuat keputusan untuk lebih 30 juta rakyat.

“Saya tahu, saya adalah anak perdana menteri selama 22 tahun, tanggungjawab ini sangat besar. tiap-tiap hari kena buat keputusan untuk 30 juta orang,” katanya.

Mukhriz menyertai politik pada 2004 selepas beliau dicalonkan sebagai exco Pemuda Umno selepas bapanya melepaskan jawatan perdana menteri tahun sebelumnya.

Beliau memenangi kerusi parlimen Jerlun pada 2008 dan dilantik sebagai timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri (Miti), di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana