Ini Kaitan Sommaruga Sebenarnya Dengan Pakatan Harapan

Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) hari ini menyifatkan tindakan wakil pembangkang dari negara ini pergi ke Switzerland dan mengadu kepada Ahli Parlimen di negara itu sebagai biadab dan tidak menghormati prinsip kenegaraan.

Presidennya, Ramesh Rao dalam satu kenyataan berkata, Ahli Parlimen Switzerland, Carlo Sommaruga yang ditemui oleh wakil berkenaan juga sebenarnya adalah sekutu mereka di negara berkenaan yang bertujuan merosakkan suasana politik di Malaysia.

“Pakatan Harapan pembohong dan pemfitnah nombor 1, rupa-rupanya bukan kerajaan pemerintah Switzerland yang kata nak pulangkan duit 1MDB.

“Yang menyebutnya ialah Carlos Sommaruga, Ahli Parlimen pembangkang Switzerland dan saya percaya beliau adalah sabahat karib Pakatan dan portal fitnah Sarawak Report,” kata beliau dalam kenyataan itu.

Ramesh berkata, pihaknya menyelidik secara lanjut perihal Sommaruga dan mendapati hubungan homoseksual songsang serta diri beliau ada kaitan yang sangat rapat.

Pada 13 Disember 2012, Parlimen Switzerland meluluskan usul membenarkan pasangan sejenis yang berkahwin untuk mengambil anak angkat untuk dijadikan anak sendiri.

Ia diluluskan dengan 113 undi menyokong dan 64 menentang dan Sommaruga daripada Parti Sosial Demokrat (SDP) mengundi menyokong usul itu.

“Mereka akan tetap cuba mencari pihak yang sama pendirian seperti mereka supaya niat politik untuk memburukkan Malaysia di peringkat antarabangsa tercapai untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Tindakan Parlimen Switzerland menolak usul dari Sommaruga adalah tepat kerana Ahli Parlimen negara itu tahu dana yang dimaksudkan bukan milik 1MDB atau kerajaan Malaysia,” kata Ramesh.

Tindakan Ahli Parlimen DAP-Gelang Patah, Lim Kit Siang, Ahli Parlimen PKR-Permatang Pauh, Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menghantar surat kepada Ahli Parlimen Switzerland adalah satu tindakan biadab kerana mengundang campur tangan pihak asing untuk menjejaskan kestabilan negara.

“Dulu Pengerusi pakatan pembangkang, Mahathir Mohamad menolak sekerasnya campur tangan asing tapi semua yang dilakukan sekarang oleh pakatan dengan mengggunakan isu 1MDB adalah angkara Mahathir iaitu bekas Perdana Menteri yang berkuasa selama 22 tahun,” kata Ramesh.

Parlimen negara Switzerland mengsahkan dana CHF104 juta Swiss Franc atau RM430 juta yang dikaitkan dengan Malaysia bukan milik 1MDB.

Usul untuk mengembalikan dana itu ke Malaysia yang dimulakan oleh Ahli Parlimen dari Parti Sosial Demokrat (SDP) Carlo Sommaruga di Parlimen berkenaan ditolak semalam dengan 138 wakil mengundi menentang manakala hanya 53 menyokong.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana