HAYAT POLITIK LIEW CHIN TONG (DAP) AKAN BERKUBUR DI AYER HITAM

Apabila Kit Siang berang dengan kemaraan Timbalan Presiden MCA Datuk Wee  Ka Siong menyerang anaknya yang terlibat dalam skandal terowong dasar laut di Pulau Pinang, Liew Chin Tong yang merupakan Pengerusi DAP Johor dan dikatakan 'giant slayer' untuk pakatan pembangkang, beliau dinamakan sebagaicalon di P148 Ayer Hitam dan seterusnya diumumkan oleh Lim Guan Eng pula.

Walaupun Chin Tong sendiri pernah mengumumkan P148 Ayer Hitam akan diperuntukkan kepada PAN, namun di atas arahan Kit Siang, DAP sengaja merampas dan membelakangkan soal prinsip kepada rakannya sendiri. Alasan Chin Tong inginkan PAN bertanding di Ayer Hitam sangat mudah, P148 Ayer Hitam adalah kawasan majoriti Melayu dengan pecahan 57.67 peratus pengundi Melayu, 38.16 peratus pengundi Cina dan 4.17 peratus pengundi India dan lain-lain kaum.

Pada PRU13 lalu, parlimen Ayer Hitam yang telah dimenangi Datuk Wee untuk penggal ketiganya, beliau telah dicabar oleh calon dari PAS yang merupakan rakan sekutu DAP dalam Pakatan Rakyat ketika itu. Alasannya juga sama, ini adalah kawasan majoriti Melayu. Namun DAP dilihat agresif berkempen untuk PAS terutamanya di DUN Yong Peng walaupun akhirnya dimenangi DAP, Barisan Nasionl kekal menang di Parlimen Ayer Hitam.

Oleh itu, pengaruh majoriti pengundi Melayu tetap menjadi penentu kemenangan Datuk Wee yang bertanding di bawah lambang Barisan Nasional.

Sebagaimana yang kita ketahui pada PRU12 dan PRU13, DAP terlalu bergantung kepada sokongan pengundi Cina dan ini jelas apabila Chin Tong telah berjaya mendapat majoriti undi sebanyak 7,359 di P152 Parlimen Kluang di mana 52.4% adalah pengundi Cina berbanding 37.9% adalah pengundi Melayu. Malahan ketika itu, penyokong PAS telah memberi sokongan kepada beliau.

Sekali lagi, apakah Chin Tong mampu bernyawa di Ayer Hitam ataupun ini adalah pengakhiran bagi politiknya?

Sebagaimana rakyat Malaysia telah menyedari yang DAP bertanding di dalam pilihanraya bukanlah untuk berkhidmat kepada pengundi dan penyokongnya tetapi sekadar menabur janji dan menghasut, kemudian ditinggalkan kawasan dan pengundi yang telah mereka menang. Ternyata, contoh terbaik adalah Lim Kit Siang sendiri. Setelah menang di Gelang Patah, beliau jarang sekali ditemui di kawasan parlimen ini dan segala masalah di Gelang Patah tidak langsung diberi perhatian.

Rekod Chin Tong sebagai Ahli Parlimen Kluang juga dikatakan sangat buruk kerana sentiasa gagal memberi khidmat kepada pengundi mereka. Justeru, agar tidak dihukum pengundi Kluang nanti pada PEU14, beliau terpaksa mencari kawasan lain untuk bertanding. Apakah pengundi Ayer Hitam tidak akan mengetahui prestasi khidmatnya di Kluang nanti?

Jauh bezanya dengan Datuk Wee yang telah berkhidmat kepada warga Ayer Hitam sejak PRU11 lagi. Oleh kerana mesra dan komitednya Datuk Wee untuk berkhidmat kepada warga Ayer Hitam tanpa mengira bangsa dan fahaman politik, maka sebab itu beliau sentiasa berjaya memenangi hati majoriti Melayu di Ayer Hitam.

Sepertimana penduduk di parlimen Gelang Patah yang dimenangi Kit Siang pada pilihanraya umum lalu, mereka amat kecewa melihat jiran mereka di Parlimen Pulai dan Johor Bahru yang sentiasa diberi perhatian Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional. Begitu juga parlimen Kluang yang berjiran dengan Ayer Hitam, penduduknya hanya mampu melihat masyarakat di Ayer Hitam menerima pelbagai bantuan dan kemajuan.

Dengan rekod cemerlang Datuk Wee selama 3 penggal di Parlimen Ayer Hitam dan di kawasan majoriti Melayu, mampukah DAP dan Chin Tong bernyawa di PRU14 nanti?

Jawapannya pasti tidak! DAP hanya boleh menang di kawasan majoriti Cina dan lebih penting, DAP bertanding bukan untuk berkhidmat kepada pengundinya tetapi sekadar menabur janji-janji kosong dan racun. Akhirnya kawasan yang dimenangi DAP akan terbiar dan dipinggirkan dalam arus kemajuan negara. Jika tidak percaya, Gelang Patah telah membuktikannya.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment