HAPUS GST HILANGLAH RM20B, TAK MUSTAHIL DR M BUAT “U-TURN”...TAK BOLEH CAYA CAKAP ORANG TUA NI LAGI

Hanya disebabkan mahu populis, Pakatan Harapan diketuai DAP sedia menawarkan janji menghapuskan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sedangkan mekanisme percukaian itu terbukti cukup efisien di lebih 160 negara.

Walau bagaimanapun, kehilangan hasil lebih RM20 bilion akibat memansuhkan GST bukan satu jumlah yang kecil dan tidak mustahil calon Perdana Menteri sementara pakatan itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan membuat ‘pusingan U’ jika berkuasa.

Bagi Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof. Madya Dr. Jeniri Amir berkata, kemungkinan tersebut memang berasas memandangkan mekanisme cukai tersebut terbukti terbaik di peringkat dunia.

“Mereka tidak pernah terfikir langkah menentang GST hanya akan memberi masalah besar nanti kerana ia dikaitkan dengan salah satu sumber pendapatan negara. Pernahkah mereka fikirkan apa kaedah terbaik untuk gantikan GST? Adakah ia memberi jaminan yang lebih baik?

“Tambahan pula terlalu banyak kenyataan lain yang dibuat Dr. Mahathir bercanggah dan tidak seperti apa yang diperkatakan olehnya dalam banyak perkara sama ada semasa atau selepas zaman pemerintahannya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sementara itu, persoalan mengenai sama ada GST perlu dilaksanakan atau tidak sepatutnya tidak ditimbulkan apatah lagi dengan kedudukan ekonomi negara yang kukuh dan berada dalam landasan baik untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Perkara ini dinyatakan Pengurus Negara bagi Malaysia Kumpulan Bank Dunia, Faris H. Hadad-Zervos di dalam video dimuat naik oleh Timbalan Pengarah Komunikasi Stategik Barisan Nasional (BN), Datuk Eric See-To menerusi laman Facebook miliknya semalam yang terus mempersoalkan langkah populis Pakatan Harapan bagi menghapuskan GST dan mengembalikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Menurut Hadad-Zervos, sebagai sebuah negara menghampiri status negara berpendapatan tinggi, Malaysia perlu mempunyai pelbagai sumber pendapatan sekali gus tidak terdedah dengan risiko ekonomi dan GST adalah satu daripada sumber terbaik supaya negara dapat meneruskan projek pelaburan dan pembangunan serta bantuan tunai.

Jelas beliau, kebanyakan negara maju telah menggunakan GST sebagai ‘amalan biasa’ untuk mempelbagaikan lagi sumber pendapatan sesebuah negara.

“Kita sudah berada dalam tahun 2018 di mana lebih 160 negara melaksanakan GST, malah ada sebahagian negara di Eropah telah pun mengguna pakai sistem ini sejak 1950-an.

“Jika dilihat di ASEAN pun, Malaysia antara negara terakhir yang melaksanakan GST, malah merupakan negara yang mempunyai kadar GST terendah iaitu satu pertiga daripada purata negara dalam Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD),” katanya dalam video tersebut.

Utusan Malaysia Sabtu lalu melaporkan Hadad-Zervos mempersoalkan bagaimana Pakatan Harapan diketuai DAP dapat menampung kehilangan hasil lebih RM20 bilion dan boleh memberi kesan negatif jangka panjang kepada ekonomi sekiranya GST dimansuhkan.

Hadad-Zervos turut mengajukan lima soalan utama andai mahu memansuhkan GST seperti yang dijanjikan Pakatan Harapan. – UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana