HADIR WACANA SINAR HARIAN : CARA MAHATHIR MAHU ‘PAKSA’ ORANG MEMUJINYA…

KEHADIRAN secara mengejut ke Wacana Sinar Harian Ke-53, Apakah Tun M Terlalu Tua Untuk Jadi PM pada petang 22 Mac 2018 membuatkan sinar gemerlapan nama Dr Mahathir Mohamad kembali semula selepas beberapa minggu merudum jatuh.

Walaupun pada awalnya, Pengerusi Pakatan Harapan itu dijemput oleh Sinar Harian untuk turut serta ke program berkenaan, namun difahamkan bahawa dia tidak memberi sebarang jawapan – sama ada hadir atau tidak.

Hanya pada suatu ketika apabila wacana sudah rancak bersiaran, maka kita dikejutkan dengan kehadiran Dr Mahathir secara tiba-tiba dengan diiringgi oleh isterinya, Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Ramai yang menganalisis fenomena yang terjadi itu. Hasilnya mendapati ada seolah-olah perancangan awal yang digerakkan oleh pihak penganjur (Sinar Harian) dengan pihak Dr Mahathir sendiri – dengan tujuan untuk menampakkan bahawa calon Perdana Menteri Pakatan Harapan itu seorang yang berani dan tidak gentar hadir ke sebuah program yang sedang ‘mengutuknya’.

Walhal, jika kita amati kembali senarai panelis dan moderator wacana berkenaan, hanya Dr Kamarul Zaman Yusof sahaja dilihat sebagai penyelidik yang acapkali menyerang pembangkang di Malaysia.

Dua lagi panel adalah mereka yang tidak begitu mengambil cakna dalam hal ehwal politik tanah air. Mereka sekadar menganalisa mengikut bidang masing-masing dengan terlebih awal lagi ‘dihasut’ melalui gambaran soalan yang berat sebelah.

Manakala moderator pula sudah kita sedia maklum merupakan seorang totok dan peminat setia Dr Mahathir Mohamad iaitu saudara Nazri Kahar.

Ramai tidak tahu, moderator telah memberi soalan sejam sebelum wacana dimulakan, dengan konteks yang agak berat sebelah iaitu meminta dibandingkan tokoh muda yang penuh korupsi dengan tokoh tua yang penuh inovasi. Siapa lagi tokoh muda yang Sinar Harian cuba untuk maksudkan itu, jika tidak calon Perdana Menteri Barisan Nasional iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak? Keji betul mainan mereka!

Sebenarnya, dari analisa ramai pihak terhadap ‘insiden’ ini, mereka mendapati ia sengaja dicipta untuk menonjolkan kembali imej calon Perdana Menteri Pakatan Harapan berkenaan. Imejnya telah suram sebenarnya!

Dengan bahasa mudahnya, Dr Mahathir mahu netizen di Malaysia kembali memuji dan menyanjung tinggi keperibadiannya tatkala imej itu semakin pudar pada diri si tua tersebut.

Inilah kepakaran yang dimiliki oleh Dr Mahathir dengan dibantu oleh beberapa pihak yang lebih mesra kepada dirinya seperti pihak Sinar Harian dan moderator sendiri.

Jika benar Dr Mahathir seorang yang berani dan tidak takut kepada sebarang tentangan, kenapa dia masih kecut telur untuk hadir ke program-program penerangan isu 1MDB oleh Arul Kanda mahupun oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)? Kenapa Dr Mahathir masih ‘tiada telur’ untuk turut hadir ke program-program TN50? Atau mana-mana program penerangan isu semasa lain?

Kalau nak tunjuk berani dan nak minta simpati pujian ramai, jangan memilih hanya di gelanggang sendiri. Buktikan hadir ke gelanggang yang lain sama wahai lelaki berusia 93 tahun. – TV14

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana