GAGAL MENJATUHKAN DS NAJIB RAZAK SELEPAS 4 TAHUN BUKTI PEMBUNUH POLITIK BERSIRI SUDAH HILANG BISA.

Ketika saya memulakan perjuangan bersama Tun M pada 2015, Saya berpegang kepada keyakinan bahawa DS Najib Razak perlu dijatuhkan untuk MENYELAMATKAN UMNO. Tetapi, hari ini Tun M berada dalam Pakatan Harapan dan beliau laungkan DS Najib perlu dijatuhkan untuk MENYELAMATKAN  MALAYSIA.

Dari menyelamatkan UMNO kepada menyelamatkan MALAYSIA, saya anggap yang bermasalah itu bukan UMNO atau MALAYSIA tetapi TUN M sendiri. Persoalannya, jika Tun bukannya nak selamatkan  UMNO atau MALAYSIA, sebaliknya hanya mahu menjatuhkan DS NAJIB RAZAK, apa sebenarnya yang mahu Tun M selamatkan?

Saya tidak suka DAP kerana  dulu Tun cakap Lim  Kit Siang adalah  Cina rasis dan musuh Melayu dan Islam. Tun ceritakan bahawa  LKS pimpin orang  Cina dalam peristiwa 13 Mei 1969 dan dia lah orangnya yang kencing di tiang bendera UMNO. Tapi ternyata selama ini Tun M  tipu orang Melayu, kerana hari ini Tun M telah duduk bersama DAP untuk menjatuhkan UMNO!

Saya bermusuh dengan PAS kerana Tun cakap mereka jumud dan tidak membantu kemajuan umat Islam.  Tun sindir Tuan Guru Nik Aziiz kerana masih mahu bertanding pilihanraya walaupun berusia 83 tahun, Tun juga cakap Haji Hadi Awang berniat jahat kerana keluarkan fatwa untuk menghalalkan permusuhan sesama bangsa Melayu. Rupanya Tun tipu Melayu lagi sekali kerana hari ini Tun M menjadi calon PM ke-7 diusia 93 tahun. Tun juga mengeluarkan “fatwa dedak" supaya ahli PPBM memusuhi ahli UMNO atau sesiapa sahaja yang kritik PPBM.

Saya juga tidak menyenangi DS Anwar Ibrahim kerana Tun cakap DSAI tidak layak menjadi pemimpin dan memalukan negara.  Tun telah mengarahkan PDRM menyiasat DSAI dan menggunakan UTK  untuk menangkap DSAI seperti seorang penjenayah (sedangkan Tun cakap DSAI gay).Tun  penjarakan penyokong Reformasi di bawah ISA. Tun turut penjarakan DS Zahid Hamidi  kerana begitu marah Ketua Pemuda UMNO mengkritik kepimpinannya. Tilam diangkat ke mahkamah untuk mengaibkan DSAI. Tun lakukan apa sahaja untuk menjatuhkan DSAI. Tapi ternyata Tun M  tipu lagi kerana tiba-tiba sahaja Tun M mahu DSAI menjadi Perdana Menteri Malayisia ke-8. Sia-sia sahaja persengketaan orang Melayu, terutamanya ratusan ribu rakyat yang sertai Reformasi 1999.

Begitu juga ketika Tun mahu jatuhkan Pak Lah. Tun labelkan beliu  "kuat tidur”. Tun juga cakap Pak Lah merosakkan Melayu kerana mementingkan keluarganya sahaja!  Tun juga cakap KJ pemimpin korup. Siang malam Tun bercakap tentang kejahatan dan kesilapan Pak Lah. Tapi ternyata Tun M  tipu lagi kerana sehingga kini Pak Lah tidak pernah didakwa atas sebarang kesalahan di Mahkamah.

Saya pernah membenci DS NAJIB RAZAK kerana  Tun beritahu, beliau curi RM 2.6 billion dan simpan di dalam akaun peribadinya. Tun juga beritahu DS Najib curi RM 50 billion melalui 1MDB. Kata Tun,  DS Najib Razak akan memusnahkan UMNO.

Tapi ternyata Tun M  tipu orang Melayu kerana rupa-rupanya Tun M sendiri serta rakan nya juga telah menggunakan nama sendiri dalam pemilikan saham “Realmild” pada tahun 2000 yang bernilai berbillion Ringgit (seperti diberitahu oleh Dato A Kadir Jasin, Realmild adalah harta UMNO). Tun tidak menjawab soalan saya hingga kini. Selain itu wakil dari DAP dalam PAC juga mengesahkan bahawa DS Najib Razak tidak bersalah dalam isu 1MDB dan Tun tidak pernah mencabar kenyataan YB Tan Seng Ghaw dari DAP tersebut! Kini saya percaya DS Najib Razak hanyalah salah seorang “mangsa sasaran” Tun M, PEMBUNUH POLITIK BERSIRI

Setelah tumbang, kini saya BANGKIT MELAWAN. Saya tidak akan tumbang kerana ditipu oleh Tun M lagi. Saya menyeru semua orang Melayu, Pribumi Sabah dan Sarawak, Cina, India dan semua rakyat Malaysia supaya bangun dan SELAMATKAN DIRI  SENDIRI dari terus menjadi mangsa penipuan Tun M.

Anina Saadudin
EMPIRICAL MALAYSIA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana