DR M TAKUTKAN ORANG FELDA KONONNYA BN RAMPAS TANAH...JANGAN KITA DITIPU OLEH MADEY

Tun Dr. Mahathir Mohamad cuba menakut-nakutkan peneroka Felda dengan tuduhan tidak masuk akal kononnya tanah mereka akan dirampas jika Datuk Seri Najib Tun Razak terus menjadi Perdana Menteri.

Pengerusi Pakatan Harapan diketuai DAP itu dalam ceramahnya di Felda di Felda Besout 1, Slim River hari ini berkata, peneroka Felda juga menanggung kerugian melalui pembelian saham dalam Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

Begitupun, bekas Perdana Menteri itu mengakui tanah rancangan Felda merupakan rancangan yang bagus untuk membantu rakyat luar bandar.

“Felda merupakan perancangan luar biasa apabila dua juta ekar tanah dibangunkan namun ia kini tergadai menerusi kewujudan FGV yang mana para peneroka membeli sahamnya.

“Kalau BN menang Pilihan Raya Umum Ke-14, Najib akan rampas tanah (Felda),” katanya dalam Siri Jelajah Felda di Felda Besout 1, Slim River semalam.

Turut berucap ialah Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden PAN, Mohamad Sabu.

Sementara itu, Mahathir mengakui kerajaan sekarang berjaya mengutip hasil cukai yang lebih banyak iaitu RM220 bilion berbanding ketika pemerintahannya iaitu sekitar RM50 bilion.

“Dengan kutipan hasil yang begitu banyak sepatutnya banyak projek pembangunan dapat dilaksanakan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Sabu dalam ucapannya berkata, sebelum ini Mahathir pernah menjadi musuh nombor satunya..

“Apa gelaran yang saya tak beri kepada dia. Namun segala sengketa saya lupakan, saya buang segala sengketa lama demi menumbangkan BN,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana