DAP semakin terdesak di Perak... Taman tema pulak jadi isu...Itulah DAP Memang Bangang

DAP Perak yang semakin terdesak dan ketandusan modal terpaksa menjadikan  Taman Tema Animasi Studio (MAPS) sebagai modal politik untuk meraih perhatian rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14.         

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid berkata, DAP membangkitkan isu itu kerana mahu memberi tekanan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Menurut  beliau, dakwaan  Penasihat DAP Perak, Ngeh Koo Ham kononnya MAPS bakal menjadi projek `gajah putih'  adalah tidak tepat.

Zahir berkata,  Ngeh  dilihat telah faham terhadap isu tersebut dan seolah-olah menjadikan isu berkenaan untuk terus memberi tekanan kepada Dr Zambry.

``Ngeh ni sudah keliru banyak sangat...mereka tidak faham bila mereka sebut minta MB jawab isu MAPS ini.

``Mereka tidak faham isu melibatkan kerajaan negeri dan apa yang melibatkan syarikat serta apa yang melibatkan dasar kerajaan dan apa yang yang melibatkan operasi syarikat.

``Kita  ada perbezaan dalam semua ini...mereka tidak tahu membezakan sebab itu 11 bulan memerintah negeri, mereka gagal kerana perkara yang mudah seperti ini pun tidak mampu dibezakan,” katanya kepada media di Ipoh kelmarin.

Zahir yang juga ADUN Kamunting seterusnya bekata, tindakan tidak beretika pemimpin DAP itu menyebabkan mereka tidak boleh dipercayai dan rakyat dinasihati tidak memilih DAP menjadi kerajaan.

`Sekarang pihak MAPS dan PKNP dah beri penjelasan berkaitan dakwaan mereka...apa lagi mereka nak fitnah... kita tunggu sahajalah,'' katanya.

Ngeh yang juga Ahli Parlimen Beruas membuat dakwaan MAPS bakal menjadi projek `gajah putih' berikutan syarikat The Sanderson Design Group (M) Sdn Bhd kini berdepan  tindakan mahkamah.

Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) menafikan dakwaan Ngeh Koo Ham yang mendakwa MAPS bakal menjadi projek gajah putih berikutan syarikat The Sanderson Design Group (M) Sdn Bhd kini berdepan dengan tindakan mahkamah.

Timbalan Ketua Eksekutif PKNP, Rustam Apandi Jamaludin berkata kedudukan kontraktor turnkey yang berdepan tindakan mahkamah sama sekali tidak mengganggu pengoperasian Taman Tema Animasi Studio (MAPS).

``Apa sahaja yang berlaku terhadap syarikat berkenaan tidak akan memberi kesan kepada MAPS kerana mereka hanya bertanggungjawab dalam menyiapkan taman tema itu sebelum menyerahkannya kepada syarikat induk, Perak Corporation Berhad (PCB).

``Malah syarikat itu juga tidak mempunyai sebarang pegangan untuk terlibat dalam pengoperasian taman tema.

Rustam menambah, Daya Sejahtera Sdn Bhd yang sebelum ini dikenali sebagai The Sanderson Design Group (M) Sdn Bhd dengan MAPS adalah dua entiti berbeza.

Justeru katanya, sekiranya syarikat berkenaan gulung tikar sekalipun ia tidak ada kena mengena dengan pengurusan taman tema tersebut..

``Sebanyak 51 peratus pegangan saham MAPS dimiliki Perak Corporation Berhad Development Sdn Bhd, 34 peratus dipunyai RSG MAPS Sdn Bhd dan selebihnya merupakan pegangan individu,” katanya ketika mengulas dakwaan DAP Perak berhubung kemungkinan MAPS akan mengalami impak selepas satu perintah penggulungan syarikat dikeluarkan Mahkamah Tinggi Malaya terhadap Daya Sejahtera Sdn Bhd.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana