DAP Perak umpama pungguk rindukan bulan...DAP Dah Tahu KEkalahan Teruk Pada PRU 14 nanti

Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain’ barangkali kenyataan seperti ini masih dalam ingatan DAP Perak.

Masakan tidak pada 2008 buat pertama kali dalam sejarah negeri Perak, DAP dan PAS bergabung, bersama-sama PKR membentuk sebuah kerajaan Pakatan Rakyat.

Hanya sempat berkuasa 11 bulan sebelum PAS sedar mereka “terpedaya” dengan janji manis DAP khusus berhubung hukum hudud dan perkara berkaitan Islam,lalu masing-masing membawa haluan.

Kini, menjelang PRU ke14, DAP yang kini diterajui Nga Kor Ming (ADUN Kepayang dan MP Taiping) selaku pengerusinya seperti merindui PAS apabila DAP dilihat seakan-akan masih mengharapkan sokongan ahli PAS bagi menghadapi BN.

Terbaru, Pengerusi DAP Perak itu semasa bercakap kepada media di Ibu pejabat DAP negeri memberi kata dua kepada ahli-ahli PAS sama ada mahu terus bersama PAS atau menyokong perjuangan Pakatan Harapan.

Beliau memberikan kata-kata sinis kepada ahli-ahli PAS jika tidak suka GST sokonglah Pakatan Harapan.

``Cuma pesanan saya kepada ahli-ahli PAS hanyalah jika anda tak suka GST sokonglah Pakatan Harapan,’’ katanya.

Kenyataan Nga Kor Ming ini jelas sekali memperlihatkan DAP masih mengharap sokongan ahli PAS agar meninggalkan parti itu untuk menyertai perjuangan PH.

Apa yang jelas, DAP amat memerlukan sokongan daripada ahli-ahli PAS dalam perjuangan mereka untuk menjatuhkan kerajaan BN Perak pada pilihanraya kali ini dengan memainkan isu-isu `kitar semula’ seperti GST.

Biarpun Nga Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping memberi kata dua kepada ahli PAS namun ia langsung tidak memberi kesan kepada PAS kerana ramai ahli PAS masih setia kepada perjuangan parti itu.

Sementara itu semasa bercakap kepada media dalam satu sidang media khas Kor Ming berkata, DAP Perak sudah set untuk menengahkan gadingan calon muda muka baru dan lama bertanding di tujuh kerusi Parlimen dan 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihanraya kali ini.

Menurut Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping, DAP akan mempertahankan 18 kerusi DUN yang dimenangainya pada dalam dua pilihanraya umum lalu.

``Tujuh kerusi parlimen kami nak bertanding ialah Ipoh Timur, Ipoh Barat, Batu Gajah, Kampar, Taiping, Teluk Intan dan Beruas.

``Kombinasi calon kita adalah dari pelbagai kaum kesemuanya berkelayakan berkaliber, berwibawa…ada muka dan baru muka lama.

``Tentang percaturan sama ada calon bertukar kawasan itu akan diumumkan pada masa yang sesuai,’’ jelasnya.

Ditanya khabar kononnya beliau akan bertukar kawasan dari Parlimen Taiping ke Parlimen Teluk Intan sepertimana dilaporkan akhbar tempatan (The Star dan Sin Chew) baru-baru ini beliau tidak mengiaya atau menafikannya.

``Perak adalah tempat kampung halaman saya …saya cintai (love) Perak maka saya tidak mahu bertanding di luar Perak…saya akan bertanding di Perak,’’ katanya.

Pada sidang media itu beliau mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Keranji, Chen Fook Chye dan ADUN Jelapang, Teh Hock Ke tidak akan mempertahankan kerusi masing-masing pada PRU14.

Menurut Kor Ming, kedua Adun itu menyatakan hasrat mereka untuk tidak bertanding kerana mahu memberi laluan kepada calon muka baru untuk bertanding di kawasan berkenaan.

Untuk rekod dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan Dyana Sofya tewas kepada Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dengan majoriti tipis 238 undi. Dyana Sofya, mendapat? 19,919 undi manakala Mah mendapat 20,157 undi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana