CARA PERSEMPADANAN SEMULA ALA PAKATAN HARAPAN UNTUNGKAN DAP

Laporan kajian semula persempadanan mengenai syor-syor yang dicadangkan bagi bahagian-bahagian pilihan raya bakal dibentang di Dewan Rakyat esok.

Kajian semula ini bagaimanapun begitu membimbangkan Pakatan Harapan diketuai DAP kerana terdapat pandangan daripada badan pemikir kerajaan PKR Selangor mengatakan persempadanan ini akan menguntungkan Barisan Nasional (BN).

Ironinya, dalam manifesto Pakatan Harapan sendiri terdapat cadangan untuk mengkaji semula persempadanan semula pilihan raya seperti yang terkandung dalan Janji 17: Menjamin Ketelusan dan Kemodenan Sistem Pilihan Raya.

Persoalannya, adakah hanya mereka yang berhak mengkaji persempadanan kawasan pilihan raya sedangkan ketika ini, kajian dilakukan oleh sebuah badan bebas, iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)?

Penganalisis dari sebuah firma penyelidikan politik, Dr. Ainul Adzellie Hasnul berkata, cadangan persempadanan semula dalam manifesto Pakatan Harapan adalah agenda tersirat pakatan tersebut, terutamanya DAP untuk mewujudkan seboleh mungkin keadaan ‘satu orang satu undi’ yang pastinya menguntungkan DAP yang banyak mendapat sokongan daripada pengundi bandar.

Klausa “kerajaan Pakatan Harapan akan memastikan nisbah

yang adil dalam persempadanan semula kawasan

pilihan raya…” diyakini bertujuan untuk membantu pakatan tersebut menambah bilangan kerusi Parlimen di kawasan bandar yang diketahui mempunyai lebih ramai penduduk.

“Sedangkan di negara ini, faktor mobiliti wakil rakyat lebih penting.

“Contohnya, di kawasan luar bandar seperti di negeri Pahang, jika dikira mengikut nisbah penduduk saiz kawasannya akan menjadi besar kerana penduduk kurang. Maka pastilah sukar untuk wakil rakyat mentadbir kawasan kerana ruang lingkupnya terlalu besar, tambahan pula sistem pengangkutan di luar bandar tidak maju seperti di bandar,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Menurut beliau lagi, persempadanan sebegini akan memberi kelebihan kepada ‘parti bandar’ seperti DAP seterusnya mengukuhkan lagi dominasi parti tersebut dalam Pakatan Harapan.

“Ini adalah agenda DAP untuk mencapai matlamat tersurat dan tersirat mereka. Tersurat untuk menang pilihan raya dan tersirat untuk melaksanakan konsep Malaysian Malaysia,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana