CALON BN SIAP MELALUI TAPISAN YANG KETAT

Senarai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 telah selesai melalui tapisan yang ketat dan mendapat persetujuan daripada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri masing-masing.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, pelbagai kaedah telah digunakan oleh parti itu bagi menampilkan calon-calon yang benar-benar berwibawa.

“Nanti Perdana Menteri akan umumkan (calon) tetapi tidak pernah saya tengok pucuk imipinan parti buat perancangan begini rapi.

“Macam-macam kaedah dilakukan bukan sahaja untuk memastikan calon-calon kita ini bukan sahaja ada jawatan dan kedudukan dalam parti tetapi lebih penting calon-calon ini diterima rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Ramah Mesra Menteri Pertahanan Bersama Warga Desa Pahlawan dan Perasmian Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa. – UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana