BN Yakin Rampas Semula DUN Hutan Melintang – Zahid

SERDANG – Barisan Nasional (BN) yakin dapat merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hutan Melintang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata ini adalah kerana usaha untuk menawan semula telah dipertingkatkan secara agresif serta pertambahan pemilih berdaftar kira-kira 32,000 orang di DUN Hutan Melintang.

“Kita yakin jumlah sokongan diperolehi daripada pengundi masyarakat India kini telah semakin meningkat, selain sokongan pengundi Cina dan Melayu serta lain-lain di Hutan Melintang dan di seluruh kawasan Parlimen Bagan Datuk.

“Ini amat penting bagi memastikan Parlimen Bagan Datuk menang dengan lebih majoriti (undi) pada PRU14,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Aspirasi TN50 @ Bagan Datuk di Taman Pameran Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) di sini, hari ini. Ia dihadiri lebih 2,500 penduduk Bagan Datuk.

Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk berkata pada PRU13 Datuk Shahrul Zaman Yahya memenangi DUN Rungkup dengan majoriti 613 undi manakala dirinya menang dengan majoriti 2,108 undi.

“Pada dialog TN50 hari ini, saya lihat ramai pengundi Cina dan India daripada generasi muda datang. Mereka semua bekerja di luar Bagan Datuk. Tetapi, saya yakin, mereka akan memberi sokongan dan dukungan mantap kepada saya kerana ada di antara mereka mengenali saya secara peribadi dan tahu saya bersama kerajaan melakukan pelbagai pembangunan untuk kebaikan bersama,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid turut berseloroh dengan warga Bagan Datuk bahawa beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya pada umur 93 tahun dan sedia berundur untuk memberi peluang kepada generasi lain meneruskan legasi BN untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Cukup-cukuplah, beri peluang kepada anak-anak muda termasuk di Bagan Datuk sendiri. Saya tidak mahu menongkat langit,” katanya.

Ahmad Zahid berkata beliau akan terus berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada negara dan kawasan Bagan Datuk. – BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana