BERITA PENEMUAN MH370 YANG TERSEBAR TIDAK BERASAS – PASUKAN RESPONS

Pasukan Respons MH370 berkata laporan penemuan pesawat MH370 bertajuk ‘MH370 found on Google Earth’ yang tersebar luas baru-baru ini adalah tidak berasas.

Ketuanya, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman menasihatkan orang ramai supaya merujuk kepada pihaknya atau pun laman sesawang MH370 mereka untuk pengesahan, laporan serta bertia berkaitan dengan kehilangan pesawat itu.

Pasukan itu, katanya, sentiasa dibimbing oleh pandangan, pendapat dan pengesahan daripada kumpulan pakar di Australia.

“Oleh itu, Pasukan Respons MH370 ingin menyatakan bahawa laporan tersebut adalah tidak berasas,” katanya yang juga pengerusi Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), dalam kenyataan di sini hari ini.

“Kami berpendapat laporan seperti itu tidak beretika dan perasaan keluarga serta orang tersayang dalam penerbangan MH370 itu perlu dihormati,” katanya.

Sebuah portal berita antarabangsa melaporkan jurutera mekanikal, Peter McMahon, yang berpengalaman lebih 25 tahun dalam siasatan insiden nahas penerbangan, mendakwa kawasan pencarian MH370 terletak kira-kira 16 kilometer selatan Round Island, berhampiran sebuah pulau kecil utara Mauritius.

Beliau mendakwa penelitian berdasarkan imej NASA dan Google Earth itu dilakukan sejak pesawat Boeing 777 yang membawa 239 penumpang dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014 dilaporkan hilang.

Setakat ini, usaha untuk mengesan bangkai pesawat itu belum berhasil.

– BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana