Azmin kena ingat, rakyat Selangor pernah merehatkan Menteri Besar…Angkuhnya Azmin Ali Berkata Yer

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menemplak kenyataan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali yang ingin ‘campak’ Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Dr Zaini Ujang ke dalam empangan kerana buat teguran mengenai masalah air negeri itu.
Katanya sebagai pemimpin tertinggi di Selangor beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian, tetapi perlu lebih faham bahawa kerajaan negeri itu kena memantau tahap simpanan air yang terawat , bukan air mentah dalam tasik.

“Sangat penting bagi pemimpin yang mentadbir mempunyai pengetahuan dalam selok belok yang ditadbir, baru-baru ini Menteri Besar Selangor dengan sombongnya mengemukakan statistik bekalan air di beberapa empangan di Selangor yang semuanya berada pada tahap hampir 100 peratus dan menyatakan nak campak KSU Kementerian ke dalam empangan selepas melihat paras air ( dalam empangan) di Selangor ( semua penuh).

“Menteri Besar jangan begitu, jangan menghina pegawai kerajaan, dulu rakyat Selangor pernah merehatkan Menteri Besar mereka kerana menghina pegawai kerajaan.
“Dan bila bercakap tentang ‘reserve capacity’ untuk pengguna air, yang perlu dikawal selia ialah tahap simpanan air yang terawat, bukan air mentah dalam tasik,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.

( Annuar tidak sebut siapa Menteri Besar yang direhatkan dalam kenyataan itu tetapi ia dipercayai berkaitan isu sebelum pilihanraya umum 2008 bila bekas Menteri Besar Dr Khir Toyo beri ‘hadiah’ penyapu kepada Majlis daerah Hulu Selangor kerana tidak mencapai sasaran kutipan cukai.

Sekalipun langkah itu berniat baik dan gimik hukuman keatas agensi kerajaan yang tidak tunjuk prestasi ia telah mencetuskan kritikan dan dikatakan menjadi punca protes penjawat awam hingga BN tewas di negeri itu.)

Azmin cakap soal nak campak itu sebagai reaksi kepada kenyataan Dr Zaini bahawa margin bekalan air di Selangor di tahap 0 peratus.

Apa yang beliau maksudkan ialah air yang sudah dirawat dan sedia digunakan.

Sebaliknya Azmin yang tidak faham maksud telah pertikaikan kenyataan Dr Zaini dengan memberitahu air di semua empangan Selangor penuh.

Mengulas lanjut Annuar menambah, sesebuah kerajaan negeri sepatutnya mempunyai keupayaan menyimpan satu tahap air yang mencukupi untuk penggunaan rakyat.

“Rakyat tidak menggunakan air mentah dari sungai atau tasik atau laut, tapi air yang sudah diproses dan sedia digunakan.

“Malangnya MB Selangor yang kini semakin sombong, belum dapat memahaminya,” ujarnya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana