Apa Lagi BERSIH Mahu?Lagi Nak Buat Perhimpunan BODOH

BERSIH 2.0 sekali lagi cuba ‘mengotorkan’ sistem demokrasi di negara ini dengan rancangannya menganjurkan demonstrasi jalanan di luar pekarangan bangunan Parlimen.

Demonstrasi yang dijadualkan pada Rabu ini bertujuan membantah pembentangan laporan kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya yang akan berlangsung di Dewan Rakyat pada hari yang sama.

Entah mengapa Bersih 2.0 yang mempunyai kecenderungan memihak kepada Pakatan Harapan diketuai DAP itu begitu beriya-iya memprotes laporan yang disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tersebut.

Sejak dari pilihan raya umum yang pertama, SPR telah melaksanakan tugas dengan telus tanpa menyebelahi mana-mana pihak yang bertanding.

Walaupun berdepan pelbagai tohmahan daripada pembangkang, SPR tetap bersikap profesional dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

Yang sebenarnya tidak profesional dan bersikap berat sebelah ialah Bersih 2.0 sendiri lebih-lebih lagi apabila Pengerusinya, Maria Chin Abdullah telah mengumumkan hasrat untuk bertanding di bawah tiket Pakatan Harapan diketuai DAP dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Bersih 2.0 juga sentiasa mempersoalkan keputusan pilihan raya umum di peringkat Parlimen namun mereka seolah-olah membutakan mata apabila pembangkang diberi mandat untuk membentuk kerajaan negeri di Pulau Pinang dan Selangor.

Sepatutnya Bersih 2.0 sedar bahawa rakyat masih belum yakin dengan keupayaan Pakatan Harapan diketuai DAP untuk memerintah negara memandangkan gabungan pembangkang itu berdepan dengan banyak skandal dan masalah di negeri-negeri yang dikuasai.

Cukup-cukuplah dengan menggunakan taktik lapuk seperti demonstrasi jalanan dengan matlamat memancing liputan media antarabangsa yang tidak tahu hujung pangkal tentang apa yang sebenarnya berlaku di negara ini.

Berilah ruang untuk laporan kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya dibentang dan dibahaskan di Dewan Rakyat tanpa diganggu suara-suara sumbang di luar bangunan Parlimen.

– UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana