AKHIRNYA PAN SAHKAN DR MAHATHIR DIGUNAKAN UNTUK PANCING UNDI ORANG MELAYU...KINI MELAYU PUN NAIK MENYAMPAH DENGAN MADEY

Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu mengesahkan Tun Dr. Mahathir Mohamad hanya dipergunakan pembangkang untuk memancing undi Melayu di kampung dan Felda.

Beliau membuat pengesahan secara tidak langsung itu dalam satu ceramah bagi menjelaskan pelantikan bekas Perdana Menteri selama 22 tahun tersebut sebagai Pengerusi Pakatan Harapan.

“Timbul Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang diasaskan Mahathir) yang nak jatuhkan Barisan Nasional (BN). Kenapa kita tidak boleh bersatu (bekerjasama). Kita lupakan sengketa lama, kita bergabung.

“Inilah masanya kita jatuhkan kerajaan. Peneroka banyak usia 50-an dan 60-an. Orang Melayu hanya kenal dua pemimpin. Pertama Tun Razak dan kedua Mahathir… Luar bandar ni orang Melayu,” katanya.

Pakatan Harapan dibarisi DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) belum lagi disahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan serta masih bersatus haram.

Mohamad dalam pada itu mendakwa pemerintahan Mahathir tidak sempurna dan tindakan pembangkang menghentam Mahathir selama ini kononnya hanyalah satu bentuk kritikan.

Beliau dalam pada itu meminta rakyat tidak mempedulikan PAS yang akan bersendirian dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 ibarat seekor kera.

“Parti lama saya nak duduk sendirian biarkan. PAN tak kuat, DAP tak kuat, PKR tak kuat, Bersatu (PPBM) tak kuat. Bergabung kita kuat untuk tewaskan BN,” katanya lagi.

Selain itu, Mohamad memuji jasa Mahathir sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun yang mahu memastikan orang Melayu maju dan mampu bersaing dengan kaum lain.

“Mahathir nak orang Melayu maju boleh berenang laut Inggeris, boleh panjat gunung Everest,” katanya.

Ironinya Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu adalah pemimpin pembangkang yang paling lantang mengecam Mahathir selama ini.

Beliau antaranya menggelarkan Mahathir sebagai maha firaun, bapa segala penyamun di Malaysia, diktator dan penjahanam orang Melayu. – BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana