AKAN BERLAKUNYA KEJUTAN DI DUN & PARLIMEN DIKUASAI DAP PERAK…

Seorang pemimpin wanita MCA di Perak meramalkan berlakunya kejutan apabila beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen dalam kawasan Ipoh Timur, Ipoh Barat, Batu Gajah, Gopeng dan Kampar yang dikuasai DAP sejak 2004 bakal kembali semula ke tangan Barisan Nasional (BN).

Ketua Biro Hal-Ehwal Kerajaan Wanita MCA Kebangsaan, Kat Wong yang juga Pengerusi Wanita MCA Ipoh Timur, meramalkan berlakunya kebangkitan kesedaran ini kerana pengundi Cina mahukan wakil rakyat yang benar-benar mewakili suara mereka di dalam DUN dan Parlimen.

Katanya, ramai pengundi kaum itu menzahirkan kekecewaan mereka kerana wakil-wakil rakyat pembangkang hanya pandai menabur janji kosong dan gagal membawa perubahan untuk rakyat di kawasan yang mereka wakili.

“Mereka kecewa dengan janji-janji kosong wakil-wakil rakyat pembangkang yang walaupun menang pada pilihan raya tetapi tidak berganjak untuk membawa perubahan dan alasan yang diberi hanya menuding jari menyalahkan kerajaan.” kata Kat Wong kepada Agendadaily.

“Masa sudah sampai para pengundi haruslah sedar bahawa mereka telah beri lebih 10 tahun peluang kepada parti lain untuk menjadi wakil rakyat namun perangai dan sikap mereka yang lepas tangan…tidak peduli menunding jari…menyalahkan orang lain salah BN…salah MCA itu adalah tidak bertanggungjawab dan mereka tidak mengamalkan politik matang.

Katanya “mereka yang tidak mengamalkan politik matang kerana bagi saya kita perlu memberi sokongan kepada sesiapa tidak kira parti mana yang bersama rakyat…yang rapat dengan rakyat yang rapat dengan keadaan yang meletakkan telinga dilapangan (ears on the ground).

“ Maka dengan cara itu kita boleh menyelesaikan masalah rakyat daripada masalah kecil setempat sehinggalah ke isu-isu dasar..dasar kerajaan ke, hala negeri apa juga…kita perlu ada wakil rakyat yang ikhlas yang ambil peduli masalah rakyat.

“Itu mencerminkan semangat yang kita ada sekarang sepertimana pesanan Perdana Menteri , Timbalan Perdana Menteri dan juga pesanan Menteri besar yang merupakan pemimpin tertinggi.

“Bagi kami pesanan mereka amatlah tepat semangat yang amat tinggi dikalangan jentera kita walaupun masih ada lagi kerja yang kita kena atur lagi tapi kita sudah bersedia,” katanya.

Beliau seterusnya menyokong kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN yang mahukan BN Perak menang bergaya dan besar pada PRU14 kali ini.

“Tak hairanlah kalau kita dapat sokongan rakyat …apa yang dimandatkan oleh Perdana Menteri merupakan satu suntikan semangat bagi kita memperkuatkan lagi semangat akar umbi dan jentera kita dan dia memang set satu sstandard yang tinggi.”

Kat Wong optimis angin perubahan di kawasan-kawasan berkenaan yang bakal memihak kepada BN pada kali ini juga atas semangat membara jentera BN yang sentiasa bekerja keras selama ini menyusun pelbagai program mendekati pengundi. – Agenda Daily

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana