93 TAHUN DAH, TAK TUA MACAM MANA LAGI?

FORUM membincangkan sama ada Mahathir ini sudah terlalu tua untuk menjadi Perdana Menteri (atau tidak) yang diadakan sebuah akhbar pengampu Mahathir semalam, rupa-rupanya agenda untuk mengangkat imej tua kutuk itu kononnya masih mampu untuk menggalas tanggungjawab tersebut disebalik umur yang masuk tahap bangkai bernyawa.

Kesimpulan ini penulis buat setelah membaca posting Facebook salah seorang panelis yang menyertai forum itu.

Menariknya, rata-rata yang datang tu gamaknya tak berani nak serah orang tua umur 70 tahun pun memandu untuk mereka tapi setuju pulak nak serahkan negara ini untuk dipimpin oleh orang tua 93 tahun!!  Akhbar yang menganjurkan forum itupun tak berani nak menawarkan Mahathir sebagai Pengerusi akhbarnya.

Tapi nak disebutkanlah, apa pun usaha dibuat untuk mengangkat Mahathir sebagai layak menjadi Perdana Menteri semula,adalah satu kerja yang sia-sia sahaja.  Apa nak dipertikaikan lagi umur 93 tahun layak atau tidak menjadi Perdana Menteri?  Terang-terang tak layaklah, nak dilayakkan macam mana pulak?

Kalau boleh, dah ramai orang umur 90-an jadi pemimpin dunia hari ini dah.  Ini takde pun, paling last Mugabe – yang kebetulan kawan baik Mahathir, itupun dah dibuang melalui rampasan kuasa tentera.  Kita pulak nak up Mahathir?  Lagi teruklah kita pun dari orang Zimbabwe sana.

Umur 93 tahun ni nak jadi manusia pun dah lanjut, nak jadi Perdana Menteri pulak lagi.  Badan mungkinlah boleh bagi nampak terdaya, akal fikiran macam mana?  Bini dia sendiri pun pernah cakap, Mahathir kena hujan pun tak boleh!!

Kita ni lupa ke, masa Mahathir lebih muda dari 93 tahun ini pun memanjang buat keputusan salah sehingga banyak duit hilang termasuk ada keputusannya dikaitkan dengan berbelas nyawa melayang.  Gamaknya apa lagi yang akan terkorban kalau dia diberi peluang sekali lagi pada usia yang sangat-sangat tua macam ini?

Cakap pasal lupa, penulis mula terfikir bahawa sajak Melayu Mudah Lupa yang dipopularkan Mahathir dulu sebenarnya satu bentuk doktrinisasi yang berguna dalam keadaan sekarang, bukan nak menyedarkan bangsa Melayu seperti yang kita semua sangkakan.

Rasanyalah.

mykmu

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana