Video: Apa Kaitannya Mahathir Dengan Wabak Taun Kronik Di Kelantan Era 1990-an?

Mungkin ramai tidak tahu Kelantan suatu masa dahulu pernah dilanda wabak taun yang kronik sehingga mengakibatkan ramai rakyat negeri tersebut meninggal dunia akibat penyakit tersebut.

Wabak taun era 1990-an itu berpunca daripada jangkitan bakteria vibrio cholera disebabkan oleh bekalan air tidak bersih disamping persekitaran tidak kondusif.

Kerajaan Persekutuan pada 1999 dibawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad berjanji untuk mengakhiri penderitaan rakyat Kelantan yang rata-ratanya bergantung kepada air telaga sebagai sumber air harian dengan meluluskan pinjaman RM600 kepada kerajaan Kelantan.

Namun, dana tersebut disekat Dr Mahathir sebagai menghukum rakyat Kelantan kerana memilih PAS sebagai kerajaan negeri, kata penganalisis politik, Raja Petra Kamaruddin.

“Jika rakyat Kelantan mahu air bersih maka undi UMNO jadi kerajaan, itu kata mereka (kerajaan Mahathir) pada waktu itu,” ujar Raja Sara dalam sebuah video.

“Dan Mahathir siap bergurau yang Kelantan adalah satu-satunya negeri dalam Malaysia yang apabila anda buka paip air anda akan dapat air teh dan bukannya air (bersih),” katanya merujuk kepada tahap kebersihan air di negeri tersebut.

Tegasnya, Mahathir bukan sahaja mendiskriminasi rakyat Kelantan tetapi membenarkan rakyat Kelantan mati akibat penyakit taun untuk menghukum mereka kerana mengundi PAS.

“Saya terkejut Husam sudah lupa semua ini atau dia dah lupa ke macam mana?” soalnya merujuk kepada kenyataan Pengerusi PAN Kelantan mendakwa Dr Mahathir tidak pernah mendiskriminasi Kelantan.

Kenyataan Husam menyokong Dr Mahathir dilihat cubaannya untuk membersihkan nama Pengerusi PPBM itu yang kini merupakan calon Perdana Menteri Pakatan Harapan.

Ketika masih bersama PAS dan bertugas sebagai Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Husam sendir mengakui wujudnya diskriminasi sewaktu pentadbiran kerajaan Dr Mahathir.

Beliau didalam sebuah program di Kelantan Trade Centre pada 21 November 2011 membuat perbandingan dimana kerajaan Johor mendapat bantuan kerajaan pusat dalam bentuk geran kewangan sementara Kelantan diberikan pijaman yang perlu dibayar semula.

“20 tahun lalu Johor dapat RM1.2 bilion geran. Kelantan baru dapat dalam lima tahun lepas RM600 juta, pinjaman,” kata Husam.

Justeru Raja Sara mempertikaikan samaada Husam benar-benar berjuang diatas prinsip Islam sebenar kerana terbukti sikap berdolak-dalihnya tidak menampakkan sebegitu.

“Berjuang untuk Islam konon! Pergilah! Seperti orang Kelate kata, pelawok (penipu),” kata Raja Sara mengakhiri videonya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana