TEROWONG : PAKAR MULA PERSOAL KERAJAAN DAP P.PINANG

Beberapa pakar kejurutera­an tempatan mempertikai­kan rancangan kerajaan DAP Pulau Pinang membina tero­wong dasar laut menghubungkan Bagan Ajam ke Persiaran Gurney yang disifatkan bukan sahaja membazir bahkan memberi kesan teruk kepada alam sekitar.

Malah, pakar-pakar terlibat turut hairan dengan rancangan berkenaan kerana projek terowong itu hanya akan menambahkan lagi kesesakan di bahagian pulau dan bukannya mengurangkan lalu lintas seperti mana dakwaan pemimpin kerajaan DAP negeri.

Pakar kejuruteraan terowong Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof. Dr. Othman Che Puan menegaskan, kerajaan negeri sepatutnya memastikan kapasiti penggunaan jambatan kedua iaitu Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang kini pada tahap 50 peratus ditingkatkan dan bukannya membina projek berke­naan.

Beliau yang juga Dekan Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan UTM berkata, pembinaan terowong dasar laut adalah rumit malah banyak projek seumpamanya di luar negara bukan sahaja mengambil masa yang lama untuk disiapkan malah menelan perbelanjaan yang besar berbanding membina jambatan.

“Saya bagi contoh pembinaan terowong dasar laut di Istanbul yang menghubungkan sebelah Ero­pah dan Asia bandar raya itu, walaupun jaraknya hanya lima kilometer (km), lebih pendek da­ri­pada apa yang hendak dibina di Pulau Pinang namun ambil masa lima tahun, kira-kira setahun untuk setiap km.

“Justeru, bukankah lebih baik kerajaan negeri meningkatkan per­khidmatan pengangkutan a­wam seperti feri dan bas, selain be­kerjasama dengan syarikat pe­nerbangan tempatan bagi menambah bilangan penerbangan ke negeri tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof baru-baru ini yang menyenaraikan empat sebab ke­napa tidak perlu membina tero­wong dasar laut di Pulau Pinang termasuk pemberian tender se­dekad lebih awal kepada kontraktor.

Menurut Othman, kerajaan negeri sepatutnya menyediakan pelbagai alternatif bagi meng­urangkan kesesakan di Pulau Pinang bukan hanya bergantung sepenuhnya dengan membina terowong dasar laut.

“Jika memang perlu ada laluan ketiga dan keempat untuk masuk ke Pulau Pinang ia perlu mengambil kira jenis laluan tersebut sama ada jambatan atau terowong, bergantung pada peruntukan kewa­ngan dan kesan atau impak terhadap ekosistem,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Pe­ran­cangan Bandar dan Wilayah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Madya Ahmad Fuzi Arshad berkata, Ketua Menteri Pulau Pi­nang, Lim Guan Eng perlu menyediakan analisis manfaat kos sebelum meneruskan cita-cita membina terowong dasar laut itu.

Katanya, analisis me­rangkumi kos sosial dan kos alam sekitar itu bagi memastikan pembi­naan laluan ketiga itu rele­van dengan keperluan semasa dan jangka panjang sekurang-ku­rangnya untuk tempoh 20 tahun lagi.

Tambah beliau, analisis itu juga perlu mengenal pasti permukaan bentuk muka bumi negeri tersebut kerana tanah di Pulau Pinang tidak mempunyai sifat je­le­ketan atau cohesive iaitu tidak melekat dan ini tidak sesuai untuk digali bagi tujuan pembinaan terowong.

“Cerunnya ter­di­ri daripada pa­sir berlodak bercampur batu-ba­tu besar dan ini menyebabkan binaan mudah gelincir.

“Walaupun analisis ini akan menelan belanja yang tinggi tetapi kerajaan negeri perlu menye­dia­kannya kerana sudah tentu penduduk Pulau Pinang tidak mahu kemudahan itu akan membe­bankan mereka pada masa akan datang,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana