Skandal tanah Ijok : BN Selangor buat laporan SPRM minggu hadapan

SEPANG: Barisan Nasional (BN) Selangor bersama peneroka tanah di mukim Ijok akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada minggu hadapan berhubung skandal penjualan tanah bernilai RM1.18 bilion oleh Kerajaan Negeri PKR Selangor di kawasan tersebut kepada pihak ketiga.
 
Ketua Penerangan BN Selangor, Datuk Dr. Mohamad Satim Diman berkata, tindakan kerajaan negeri itu yang membenarkan dua syarikat pemaju sebelum ini untuk menjual tanah tersebut dengan harga pasaran semasa kepada pihak ketiga sangat menghairankan.
 
Katanya, ini kerana kesemua peneroka yang terlibat dalam penjualan tanah itu hanya memperoleh pampasan RM421 juta berbanding hasil penjualan tanah itu yang mencecah RM1.18 bilion.
 
“Agak menghairankan apabila pampasan yang diberikan kepada peneroka mengikut harga lama iaitu mengikut harga 18 tahun dahulu sedangkan penjualan tanah ini dibuat mengikut harga semasa.
 
“Dianggarkan keuntungan daripada penjualan tanah ini mencecah RM800 juta. Berikutan itu, menjadi tanda tanya semua pihak ke mana keuntungan ini pergi,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan program Jelajah Kasih Negeriku Selangor di Tajung Sepat di sini hari ini.
 
Baru-baru ini, Penga­rah Komunikasi Stra­tegik BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dah­lan menuntut Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberi penjelasan mengenai tindakan tergesa-gesanya membenarkan dua syarikat swasta menjual tanah di mukim Ijok bernilai RM1.18 bilion kepada sebuah syarikat lain sebelum proses pe­ringkat Mahkamah Persekutuan selesai dijalankan.
 
November tahun lalu, dua pertubuhan bukan kerajaan iaitu Generation2u United Club dan Persatuan Pemuda Kampung Lindungan 565 membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi meminta siasatan dijalankan jika terdapat unsur rasuah dalam isu tanah di mukim Ijok yang diberikan oleh kerajaan negeri Selangor kepada dua syarikat.
 
Tanah seluas 880 hektar itu dibeli oleh dua syarikat, LBCN Development Sdn. Bhd. dan Mujur Zaman Sdn. Bhd. pada 1998 namun telah dirampas kerajaan negeri pada 2008 mengikut Kanun Tanah Negara berikutan pelanggaran syarat dan terma perjanjian.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana