PRU14: Pengundi India akan bersama MIC

Seluruh rakyat Malaysia menantikan tarikh Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Menjelang PRU14 nanti, ketua parti pemerintah iaitu UMNO mengatakan bahawa orang Melayu tidak melupakan budi dan juangan UMNO kepada bangsa melayu.

MCA mengatakan bahawa masyarakat Cina bosan dengan DAP maka orang Cina akan sokong balik pada calon MCA pada PRU 14.

Manakala MIC pula bertepuk dada mengatakan bahawa kaum India berada dibelakang mereka dan lebih kurang 80% pengundi akan sokong calon mereka pada PRU14 nanti.

Sementara itu, Pakatan Harapan pula mempunyai pandangan berbeza iaitu PPBM mengatakan mereka mempunyai pengaruh dikalangan orang Melayu, begitu juga PAN yang mengatakan mereka mampu menarik Pengundi melayu yang selama ini sokong PAS.

Disampingnya, PKR dan DAP masing-masing mempunyai anggapan bahawa mereka boleh menawan pengundi di kawasan bandar atau boleh dikatakan pengundi Cina.

Dengan ini, jelas bahawa pemimipin-pemimpin Pakatan Harapan turut mengguna formula yang digunakan oleh Barisan Nasional.

Pemimpin veteran seperti Lim Kit Siang yang sering menuduh kerajaan BN yang memecahbelahkan rakyat mengikut kaum, akhirya terpaksa terima cara BN demi merebut kuasa.

Dengan ini satu perkara telah ternyata iaitu Kit Siang akhirnya bersetuju bahawa ‘Malaysia for Malaysian’ tidak sesuai untuk negara kita.

Jika anggapan penulis benar, maka hasrat untuk menubuh kerajaan Pakatan tidak akan berjaya.

Satu lagi perkara disini masih dalam kusutan iaitu, pengundi Melayu tidak akan sokong Pakatan sementara mereka membuat keputusan untuk sokong pemimpin Melayu atau calon dari BN yang dipimpin UMNO.

Dalam keadaan begini, kaum Cina membuat keputusan untuk menyokong Pakatan atau DAP. Apakah hasrat DAP untuk menawan Putrajaya akan berjaya tanpa sokongan pengundi Melayu?

Sudah tentu masyarakat India tidak akan mengundi Pakatan. Malah mereka membuat keputusan untuk menyokong MIC sebab mereka akan bersama parti yang mewakili kaum mereka, ini adalah fakta yang tidak boleh dinafikan.

DAP ditubuhkan demi kepentingan semua lapisan masyarakat Malaysia, dan ianya parti tertua berbanding dengan parti-parti yang lain dalam Pakatan.

Boleh dikatakan masyarakat lebih yakin kepada DAP berbanding parti komponen lain dalam Pakatan.

Hendak atau tidak, kedua-dua parti BN dan PH sangat memerlukan masyarakat India untuk menang dalam PRU14 nanti.

Dalam memilih calon ataupun mendekati pengundi-pengundi India memerlukan strategi dan jangan ambil mudah untuk menentukan pemenang dalam politik perkauman di negara ini.

Sebab itulah BN memfokus kepada kaum India dengan berbagai rancangan seperti Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB), mahupun peluang pekerjaan sebanyak 7% di sektor kerajaan.

Pada masa sama, jika Pakatan masih berhasrat untuk menawan pengundi kaum India, maka mereka juga perlu mencari jalan untuk mendekati kaum minoriti itu dengan menubuhkan keyakinaan bahawa penglibatan kaum India dalam Pakatan tidak boleh diabaikan.

Jika perkara ini tidak dipedulikan, maka hasarat Pakatan untuk menubuhkan kerajaan negeri atau persekutuan tidak akan tercapai.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana