Pribumi: DAP Mendapat Terlalu Banyak Peruntukan Kerusi

(The Star) – “Kami tidak melihat resolusi walaupun sudah bulan berunding.”

Anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia bahagian Kota Baharu mendakwa bahawa parti mereka telah memberi laluan kepada DAP berkenaan rundingan kerusi untuk pilihan raya umum akan datang.

Naib ketua Pribumi bahagian Kota Baru Mohd Nor Hashim Che Min menyalahkan pemimpin tertinggi parti itu kerana tidak tegas dengan parti Pakatan Harapan, khususnya DAP.

“DAP telah menjadi kuasa dominan, dan kami tunduk kepada mereka. Kami tidak boleh menerima itu,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Turut hadir ialah ketua Pemuda Pribumi bahagian Kota Bharu, Nik Mohd Adhwan Nik Haris dan ketua Srikandi (sayap wanita), Normala Abdul Kadir.

Mohd Nor turut menyerang Parti Amanah Negara kerana cuba memonopoli peruntukan kerusi di Kelantan.

“Amanah mahu bertanding di kebanyakan kerusi negeri dan ia telah menunjukkan bahawa mereka mengabaikan parti lain,” katanya.

Mohd Nor berkata Amanah mahu mengambil semua tiga kerusi DUN di Kota Baru.

“Kami tidak melihat resolusi walaupun beberapa bulan berrunding,” katanya, sambil menambah bahawa perasaan diketepikan telah menyebabkan pertelingkahan di kalangan anggota akar umbi Pribumi.

Mohd Nor menghentam Pengerusi Pribumi, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana didakwa meletakkan kepentingannya sendiri di atas kepentingan parti dan rakyat.

Beliau juga menyatakan kekecewaannya terhadap parti itu kerana mengadakan mesyuarat agung tahunan yang tidak sah tahun lepas.

Dilaporkan minggu lepas bahawa dua pemimpin Pribumi dari Klang telah membuat aduan dengan Pendaftar Pertubuhan, mendakwa bahawa parti mereka melanggar perlembagaannya semasa ia mengadakan AGM.

Tulisan asal oleh:
Malaysia Today, 13 Februari 2018

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana