PPBM SUDAH MULA ‘SAMUN’ DUIT RAKYAT TANPA SEDAR

Sudah diketahui Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, PKR, Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mempunyai cita-cita yang amat tinggi. Cita-cita mahu membentuk sebuah kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) adalah satu cita-cita yang gabungan pembangkang itu sendiri tahu dan sedar bahawa terlalu sukar untuk dicapai.

Mana tidaknya, dengan keadaan Pakatan Harapan yang didominasi DAP kucar-kacir dan tidak teratur. Di tambah pula, calon Perdana Menteri Pakatan Harapan iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad berdepan dengan kekurangan keyakinan dari rakyat yang rata-ratanya masih tetap mengingati apa yang telah berlaku kepada mereka sepanjang tempoh Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Namun belum apa-apa lagi, parti komponen Pakatan Harapan iaitu parti yang diterajui Mahathir sudah mula ‘samun’ duit rakyat apabila parti Bunga itu melancarkan tabung derma bagi membantu gerak kerja parti menjadi kerajaan baharu.

Inilah cara parti yang minta duit dari ahli untuk mendapatkan sokongan rakyat. Pelancaran tabung derma itu dilancarkan oleh Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media di ibu pejabat PPBM, semalam.

Menurut bekas timbalan perdana menteri itu, ini merupakan salah satu usaha bagi mecapai hasrat mahu membentuk kerajaan baharu menggantikan Barisan Nasional (BN) berjaya.

Kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh, sudah tiba waktunya untuk parti yang dipimpin oleh bekas perdana menteri keempat itu meminta sokongan dan kerjasama rakyat untuk merealisasikan cita-cita tersebut.

“Tabung Derma itu diwujudkan bertujuan membantu gerak kerja parti yang sedang dan terus dilakukan dalam usaha mendapatkan sokongan rakyat dan penyertaan masyarakat umum bagi menjayakan impian menjadi kerajaan baharu terlaksana.

“Kita amat menghargai segala sumbangan yang diberikan. Diharapkan dengan sumbangan itu Bersatu dapat bergerak dengan lebih berkesan,” katanya.

Seandainya Pakatan Harapan yang dikuasai parti Roket berjaya menawan Putrajaya selepas PRU-14, apa pula akan diminta dari rakyat lagi. Ini pun belum apa-apa lagi, sudah mula ‘samun’ duit rakyat. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana