Pembangkang sengaja eksploitasi kehadiran Diplomat Israel ke Malaysia - Penganalisis

SHAH ALAM: Semua pihak perlu melihat secara rasional berhubung isu kunjungan diplomat Israel ke Malaysia, yang menimbulkan kecaman pelbagai pihak, khususnya pembangkang.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, kehadiran diplomat negara itu tempoh hari, adalah atas kapasiti tugas dan jemputan Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau UN-Habitat.

Justeru katanya, tidak masuk akal mengatakan bahawa Malaysia mahu menjalin hubungan baik dengan negara Yahudi itu menerusi undangan berkenaan.

"Adalah tidak masuk akal kalau kita nak buat apa-apa rundingan secara terbuka dalam negara dengan pihak Israel sehingga diketahui umum. Ini adalah satu dakwaan yang tidak masuk akal.

"Sebab itu kita kena rasional dalam melihat situasi ini. Pegawai Israel itu datang melalui tiket United Nations (PBB) melalui satu program UN disini. Mereka masuk dengan menggunakan visa UN itu. Atas dasar itu mereka datang dan menjalankan tugas dan tanggungjawab dia dalam konteks peranan dia dalam konteks PPB," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.

Menyifatkan dakwaan berkenaan bersifat politik, Mustafa berpandangan ia juga dilihat sebagai satu bentuk eksploitasi bagi mewujudkan gambaran negatif kepada kerajaan.

"Ini adalah satu dakwaan yang bersifat politik kerana kita tahu pilihan raya pun tidak lama lagi. Tentunya ramai pihak berminat eksploitasi begini bagi memberikan gambaran yang tidak baik terhadap pihak kerajaan," ujarnya.

Jelasnya, kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan sebegitu naif untuk menjalankan apa-apa juga rundingan atau perbincangan serius dengan pihak Israel.

"Kita (Malaysia) sampai hari ini tidak pernah mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara dan tidak ada hubungan diplomatik dengan mereka. Dengan sebab itu tidak ada sebarang hubungan rasmi antara kita dengan pihak Israel. Dakwaan ini boleh dipatahkan dengan begitu mudah," tambahya.

Sebelum ini, beberapa pihak terdiri daripada wakil parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil menyatakan rasa kecewa dan mengecam tindakan kerajaan yang membenarkan kemasukan diplomat Israel ke negara ini bagi mengikuti forum tersebut.

Diplomat Israel, David Roet turut mendakwa penyertaan delegasi dari negara itu ke Forum Bandar Sedunia ke-9 (WUF9) tersebut mendapat kebenaran Malaysia selepas menerima tekanan diplomatik sehingga ke pejabat Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam reaksinya mempersoalkan mengapa Wisma Putra membenarkan kemasukan diplomat Israel terbabit.

Menurut beliau lagi, hal ini memperlihatkan kerajaan bersikap seperti talam dua muka dalam membela nasib umat Islam di Palestin.

WUF merupakan forum teknikal bukan perundangan yang dianjurkan setiap dua tahun bertujuan bertukar-tukar pandangan dan pengalaman mengenai cabaran perbandaran.

Difahamkan WUF dihadiri wakil 185 buah negara. Selaku tuan rumah, Malaysia disyaratkan meluluskan visa semua perwakilan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana