PAS Perak sudah set 'lone ranger' PRU14

Walaupun ada cakap-cakap Pakatan Harapan (PH) last minute dok sibuk pujuk PAS supaya berunding kerusi dengan mereka... di Perak, PAS sudah set untuk masuk PRU14 secara 'lone ranger'.

Tak peduli samada calon PH atau BN, PAS akan tetap lawan.

Pesuruhjaya PAS Perak Haji Razman Zakaria berkata biarlah mereka menyusun pelbagai strategi,“PAS Perak mengambil sikap tegas tidak pedulikan calon lawan sama ada daripada PH mahupun BN.”

Katanya apa yang lebih penting dan paling utama ialah untuk menawar dan memberikan khidmat terbaik kepada rakyat sekiranya mereka menang nanti.

``PAS Perak tidak ambil peduli dengan calon lawan sama ada dari Pakatan Harapan mahupun BN.

``Apa yang lebih utama dan penting, PAS Perak akan menumpukan apa yang ditawarkan kepada rakyat’’ katanya kepada Agendadaily.

Menurut Haji Razman lagi, bersandarkan kepada kekuatan PAS dari semua peringkat akar umbi di negeri ini beliau optimis parti itu yakin dapat menambat hati pengundi  khasnya orang Melayu.

Beliau mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa PAS Perak akan meletakkan calon profesional, ulama dan aktivis bagi meraih sokongan jitu rakyat.

Tiga golongan ini, katanya mampu meraih sokongan mantap pengundi-pengundi Melayu di kawasan lebih 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di Perak yang majoritinya dikuasai UMNO pada pilihanraya nanti.

Menurut beliau, PAS yakin calon profesional yang diketangahkan PAS menetapi kehendak rakyat selaras dengan pembangunan semasa selain mereka amat memahami isu-isu yang melibatkan dasar antarabangsa.

``Golongan ulama pula menetapi kehendak  dan dasar  Islam yang diamalkan PAS selama ini manakala aktivis pula mereka amat memahami perasaan dan permasalahan rakyat diperingkat keterbawahan,’’ katanya.

Ditanya sama ada beliau dicalonkan parti untuk betanding sama da di DUN mahupun Parlimen, katanya beliau menyerahkan perkara itu kepada pucuk pimpinan PAS Pusat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana