Musang chauvinis yang berbulu Melayu...

Satu hari sebelum Tahun Baru Cina, ‘Bapak DAP’ bertepuk dada bermegah menghebahkan bahawanya “MCA leaders slain, Kit Siang hails DAP triumph in battle of CNY videos” yang membawa maksud “Pemimpin MCA dibunuh, Kit Siang mengalukan kemenangan pertempuran video Tahun Baru Cina”.

Itulah keangkuhan kepala Bapak DAP apabila berhadapan dengan audiens Cina.

Kebetulannya kemegahan Kit Siang cuma dipaparkan dalam versi Bahasa Inggeris Malaysiakini sahaja, dan keangkuhan Kit Siang yang kurang menghormati perasaan dan sentimen orang Melayu tidak didedahkan kepada kebanyakan pengundi Melayu.

Maka Kit Siang terus heboh menghebahkan kemenangan DAP dan “pembunuhan” pemimpin-pemimpin MCA berdasarkan video Tahun Baru Cina Teresa Kok mendapat tontonan 53,411 berbanding dengan pemimpin MCA yang ditonton 45,000 kali sahaja.

Itulah logik Bapak DAP yang pandai berdrama dan beropera Cina. Kononnya totonan video Tahun Baru Cina sebanyak 8,411 kali lebih dari MCA akan memastikan kemenangan mutlak DAP.

Itulah keangkuhan DAP yang kebiasaannya tidak menitikberatkan kepentingan undi Melayu dan perasaan orang Melayu.

Adakah DAP menggangap undi Melayu tidak penting oleh kerana mereka pasti menang dalam kawasan majoriti Cina mereka?

Apakah yang menyebabkan chauvinis DAP ini begitu yakin bahawa dengan mendapat majoriti 8,411 tontonan video, maka ketiga-tiga menteri MCA dalam kabinet akan ditewaskan kali ini?

Seterusnya Kit Siang mendabik dada menghebohkan bahawasanya video anaknya Lim Guan Eng mendapat tontonan 399,000 berbanding dengan Presiden MCA sebanyak 33 tontonan.

Sebenarnya tontonan video ini boleh ditempah atau beli dalam mainan alam siber. Tambahan pula, DAP mempunyai “advantage” sokongan musuh luar negara termasuk rangkaian kepentingan Yahudi yang berpengaruh dalam dunia alam siber.

Kuasa mainan persepsi politik alam siber inilah yang dapat menjatuhkan beberapa kuasa diktator di negara-negara Arab dan digantikan oleh boneka kuasa asing dalam revolusi “Arab Springs” beberapa tahun yang lepas. Inilah yang memberi keyakinan dan membawa keangkuhan kepada DAP.

Bapak DAP terus memperlekehkan undi Melayu, kononnya tiga-tiga menteri MCA yang bertanding di Bentong (Liow Tiong Lai) , Air Itam (Wee Ka Siong) dan Tanjung Malim (Ong Ka Chuan) bergantung kepada undi Melayu untuk menang dan menjadi menteri.

Saya ingin bertanya kepada Kit Siang dan DAP, adakah pilihan pengundi Melayu kepada menteri ini tidak penting?

Mengapa DAP kerap tidak memghurmati suara dan undi Melayu selama ini? Tiadakah pengundi Melayu berhak untuk memilih pemimpin negara dari kalangan MCA?

Salahkah pengundi Melayu memilih pemimpin MCA yang lebih patriotik, sederhana dan kurang chauvinis berbanding dengan DAP?

Mengapakah Bapak DAP begitu berani memperlekehkan pilihan pengundi Melayu dan mempersendakan tiga orang Ahli Parlimen bertaraf menteri dalam jemaah kabinet negara?

Ini adalah kerana DAP tiba-tiba mendapat durian runtuh apabila mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad bertikam lidah dengan Perdana Menteri Najib Razak dan akhirnya mendapat naungan DAP untuk menjatuhkan pimpinan Najib yang enggan mengikut telunjuk Mahathir.

Inilah wajah chauvinis DAP sebenarnya. Setiap kalinya Melayu berpecah-belah (samaada antara PAS, PKR dan Umno atau di kalangan Umno); DAP akan menerima undi bonus dari pecahan undi Melayu.

DAP suka menangguk dalam air keruh konflik dan perbalaham politik orang Melayu untuk mengaut keuntungan politik.

Dulunya DAP meminjam undi Ku Li, kemudiannya Anwar Ibrahim dan PAS. Kini DAP mendapat “Godfather” politik dalam bentuk mantan perdana menteri selama 22 tahun yakni Mahathir.

Mahathir sudah berdeklarasi bahawasanya DAP bukan lagi parti chauvinis atau komunis seperti yang pernah dituduhnya. Hanya semata-mata Mahathir ingin menjatuhkan Perdana Menteri kita, beliau sanggup membersihkan segala dosa musuh ketatnya DAP.

Dosa-dosa DAP yang lepas pada patriotisme Melayu dan semangat kebangsaan telah ditebus oleh Mahathir dengan mengatakan MCA lebih rasis dari DAP.

Percaya tak? Kini DAP sudah mendokong dan pro-Melayu, atau adakah DAP umpama seekor musang chauvinis Cina yang sudah berbulu Melayu?-19/2/2018

Ti Lian Ker adalah jurucakap publisiti MCA and AJK Pusat MCA.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana