MOHON SUMBANGAN HANYA TAKTIK PROPAGANDA MAHATHIR – GAUM

Tindakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad yang merayu kepada orang ramai untuk menghulurkan derma kepada PPBM merupakan satu propaganda murahan selain daripada menarik simpati orang ramai.

Pengerusi Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM), Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, apa yang pasti Dr Mahathir cuba mengalih tumpuan rakyat berhubung kekayaan anaknya yang tersenarai di majalah Forbes.

Kataya, terbitan Forbes bagi keluaran berita 2017, Datuk Mokhzani Mahathir merupakan tujuh individu Melayu yang terkaya di Malaysia dan menduduki tempat ke 34 individu terkaya bagi seluruh rakyat Malaysia.

“Mokhzani memiliki harta bernilai USD420 juta bersamaan dengan RM1.7 bilion. Ini tidak termasuk Mirzan yang juga bekas Ahli Lembaga Pengarah syarikat arak terbesar di Filipina iaitu Sun Miguel.

“Persoalan yang timbul sehingga menjadi perdebatan umum bagaimana anak-anak Dr Mahathir boleh menjadi kaya sebegini dan apa yang dilakukan ini adalah tindakan beliau dalam usaha untuk menarik simpati rakyat untuk mengundi PPBM,” katanya.

Zulkarnain berkata, beliau percaya rakyat negara ini bijak dan mengetahui apa yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri malah mereka dan tidak sesekali akan terpedaya dengan permainan politik murahan sebegini.

“Jika dilihat secara mendalam pergerakan Dr Mahathir baik di dalam mahupun luar negara beliau menggunakan pesawat persendirian dan ini membuktikan bahawa PPBM tidak memerlukan bantuan kewangan daripada rakyat.

“Lebih baik Dr Mahathir memberikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan melalui kekayaan anak-anaknya dan bukannya membuat retorik kononnya meminta sumbangan derma untuk membantu PPBM,’ katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana