MASYARAKAT TIONGHOA DINASIHAT BIJAK PILIH KERAJAAN

Masyarakat Tionghoa di negeri ini dinasihati memilih kerajaan dengan bijak dengan terus memberi sokongan kepada parti komponen Barisan Nasional (BN).

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sokongan penuh kaum itu penting dalam memastikan komitmen kerajaan negeri melaksanakan Dekad Baharu Johor tercapai.

Beliau berkata perpaduan yang kuat sesama kaum menerusi konsep Muafakat Bangsa Johor juga merupakan antara elemen utama dalam pembangunan negeri ini bagi menjadi sebuah negeri termaju pada masa depan.

“Dalam kalendar masyarakat Tionghoa, tahun ini merupakan tahun anjing dan dari situ kita dapat menghayati keunikan dan kualiti utamanya (anjing) adalah (haiwan) bijak dan setia.

“Sehubungan itu, masyarakat dinasihati agar memilih kerajaan dengan bijak dan tidak mudah terpedaya dengan tohmahan dan fitnah segelintir pihak,” katanya. – LAGI

KHALED-NASIHAT 2 (AKHIR) JOHOR BAHRU

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah-tamah bersempena Tahun Baharu Cina anjuran Persekutuan Tionghoa Johor Bahru, di sini hari ini yang turut dihadiri Anggota Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Presiden Persekutuan Tionghoa Johor Bahru Datuk Seri Tey Kim Chai.

Mohamed Khaled turut mengumumkan peruntukan RM300,000 daripada kerajaan Johor untuk pembangunan persatuan berkenaan.

“Kerajaan negeri sentiasa prihatin terhadap keperluan rakyat dan kita juga sedia memberi bantuan termasuk masyarakat Tionghoa.

“Justeru, saya ingin menyeru masyarakat Tionghoa sebagai ‘Team Johor’ di negeri ini yang mempunyai azam yang kuat dan bersama-sama memastikan Gagasan Johor Berkemajuan dapat dilaksanakan agar Johor menjadi sebuah negeri yang terbaik di Malaysia untuk masa kini dan masa akan datang,” katanya. – BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana