Mahathir Patut Bertanding Di Kubu Kuatnya 30 Tahun Iaitu Kubang Pasu

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Mahahthir Mohamad sepatutnya turun dan bertanding di kawasan Parlimennya sebelum ini iaitu di Kubang Pasu jika benar-benar yakin menang dalam PRU14 nanti.

Kalau diikutkan, Mahathir mesti bertanding pada pilihan raya kali ini untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri dan perlu menang. Jika pakatan menang, baru nama beliau akan dibawa ke Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenaan dilantik sebagai Perdana Menteri.

Sekarang ini, beliau dikatakan melihat peluang untuk bertanding di kawasan lain iatu di Langkawi dan beberapa kawasan lain. Beliau tidak mahu bertanding di Kubang Pasu tempat di mana beliau bertanding selama 30 tahun iaitu di Kubang Pasu. Pertandingan di sana akan memberikan signifikan kerana perjuangan Mahathir bermula di Kubang Pasu sampai beliau dapat jadi Perdana Menteri.

Buat apa Mahathir hendak bertanding di tempat lain. Daripada tinjauan yang dibuat jika Mahathir kembali bertanding di Kubang Pasu, beliau akan kalah.

Mahathir dianggap perosak kepada apa yang sudah Barisan Nasional (BN) bina sejak dulu sampai ke hari ini tapi kini Mahathir sendiri yang mahu menghancurkannya. Bukan dengan dirinya sendiri tapi bersekongkol bersama dengan parti pembangkang iaitu DAP, PKR, PAN dan parti Mahathir, PPBM.

Mahathir disebut-sebut akan bertanding di Langkawi dan Putrajaya dan tidak ada pun di Kubang Pasu.

Siapa tidak tahu, Kubang Pasu pernah menjadi kubu kuat Mahathir dan juga maruah Mahathir pernah tercemar di sana.

Pada 9 September 2006, ada sejarah terjadi di sana apabila Mahathir tewas dalam pemilihan kecil untuk menjadi perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu untuk ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

Pada masa itu, Mahathir sedang bergaduh dengan Perdana Menteri pada masa itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau gagal untuk jadi G7 iaitu salah seorang daripada tujuh wakil ke PAU 2006 apabila hanya mendapat 227 undi dan menduduki tempat ke-9.

Dek peristiwa hitam itu dan kini sudah jadi sahabat baik dengan DAP, Mahathir tahu beliau sudah tidak boleh menagih undi dari pengundi di sana kerana begitu banyak kerosakan sudah dilakukan oleh beliau.

Cuma pada asasnya sebagai pejuang, elok Mahathir turun ke Kubang Pasu dan cuba rampas semula kerusi Parlimen itu dari BN yang kini disandang bekas Setiausaha Politik Mahathir, Datuk Johari Baharum.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana