MAHATHIR & MUKHRIZ TIADA PRINSIP, HIDUP DALAM TERDESAK – AZWANBRO

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Moha­mad serta anaknya, Datuk Seri Mukhriz tidak mempunyai prinsip dan berada dalam keadaan terdesak untuk bertanding di bawah parti DAP setelah gagal meraih sokongan pengundi Me­layu.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, kedua-dua mereka akan bertan­ding menggunakan logo DAP untuk meraih pengundi kaum Cina.

Katanya, tindakan itu dibuat berikutan berlaku ketidakpuasan hati ramai pihak dalam parti berkenaan selain Dr. Mahathir sudah tidak lagi popular.

“Oleh sebab itu, wujud sebuah kerjasama sulit antara Dr. Mahathir dengan penasihat DAP, Lim Kit Siang bagi membolehkan dia berpayungkan DAP pa­da pilihan raya umum akan datang.

“Saya amat yakin Dr. Mahathir akan bertanding menggunakan logo DAP kerana terdesak. Kini semua pihak tahu bahawa Dr. Mahathir merupakan seorang yang tidak berpegang kepada apa-apa prinsip kerana percaya matlamat menghalal­kan cara walaupun cara tersebut merupakan pengkhianatan kepada ahli dan parti PPBM,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi yang mahu Dr. Mahathir dan Mukhriz memberi penjelasan sama ada dakwaan yang menyatakan mereka merancang untuk bertanding atas tiket DAP dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah benar atau sebaliknya.

Mohd. Puad yang membangkitkan persoalan itu selepas timbul dakwaan bahawa PPBM yang baharu berusia setahun jagung gagal mendapat sambutan dalam kalangan orang Me­layu khususnya di kawasan yang mahu ditandingi dua beranak berkenaan.

Mohd. Puad turut menganggap dakwaan itu bukan sesuatu yang menghairankan kerana dipercayai terdapat usaha dalaman oleh pihak pro-Mahathir untuk mensabotaj PPBM termasuk menyebabkan parti itu ‘dibubarkan’ namun pada masa sama, mereka me­nyalahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dengan menjadikan agensi itu sebagai ‘kam­bing hitam’.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana